"Ada persamaan antara Arsene Wenger dan Julian Nagelsmann" - Reiss Nelson

Pemain muda Arsenal, Reiss Nelson merupakan pemain Inggeris terkini yang sedang mencipta nama di Liga Jerman ketika ini.



Jika Jadon Sancho sebelum ini berjaya mencuri tumpuan di Bundesliga dengan aksi cemerlang beliau bersama Borussia Dortmund, namun kini, giliran rakan senegara beliau yang juga merupakan pemain Arsenal, Reiss Nelson pula sedang mencipta nama bersama Hoffenheim.

Aksi pemain yang dipinjamkan The Gunners itu benar-benar menakjubkan sehingga berjaya memikat hati penyokong kelab kendalian Julian Nagelsmann pada permulaan musim ini.

Pemain berusia 18 tahun menyertai Hoffenheim secara pinjaman untuk tempoh satu musim selepas menandatangani kontrak baru bersama The Gunners pada 31 Ogos lalu.

Bercakap secara eksklusif kepada bundesliga.com, Nelson telah membincangkan mengenai peranan yang dimainkan oleh Nagelsmann dalam perpindahannya ke Bundesliga, bagaimana dia membandingkan pengendali tersebut dengan Wenger, kehidupan di Jerman dan persahabatannya yang rapat dengan rakan senegara, Jadon Sancho.



bundesliga.com:  Bagaimana anda bekerja di bawah Julian Nagelsmann?

Nelson: Dia, salah satu sebab saya datang ke Hoffenheim. Beliau bercakap dengan saya secara personal mengenai kemajuan saya sebagai pemain muda bolasepak, bagaimana dia boleh mendorong saya untuk menjadi pemain yang baik jika saya terus bekerja. Dia seorang lelaki yang hebat dan saya gembira bekerja dengannya, secara individu dan bersama pasukan, kami melakukannya dengan baik.

bundesliga.com: Adakah terdapat persamaan antara dia dan bekas bos anda di Arsenal, Arsene Wenger?

Nelson: Ya, 100 peratus. Mereka memberi peluang kepada pemain muda sama seperti Arsenal, membawa bakat muda dan memberi peluang seperti Jack Wilshere. Sama dengan bos di sini. Dia memberi peluang kepada pemain muda dan dia percaya kepada mereka.

bundesliga.com: Adakah anda pernah berfikir anda akan bermain bolasepak di Jerman?

Nelson: Saya tidak akan menjangkakan diri saya berada di Bundesliga pada usia 18 tahun, dalam liga besar seperti ini. Saya hanya perlu melalui setiap hari mendatang dengan terus berlatih, terus bertanya kepada rakan sepasukan saya dan jurulatih serta melakukannya di atas padang.



bundesliga.com: Adakah perbezaan London dan Jerman bagi anda?

Nelson: Perubahan itu sangat besar untuk saya. Saya dari London. Di kawasan saya, saya sudah biasa bersama dengan rakan-rakan saya, bermain bolasepak di jalanan, seperti yang anda ketahui ramai melakukannya London. Di sini, saya tinggal di Heidelberg dan ia agak tenang sehingga anda perlu memilih masa anda untuk pergi dan merancang banyak perkara. Bagi saya, ia membuatkan saya menjadi seorang pemain bolasepak dan sebagai invidu, jadi saya gembira kerana saya mengambil langkah yang betul.

Rekod penampilan setakat ini dalam Bundesliga :
Bil Tarikh Venue Lawan Keputusan Posisi Gol Bantuan Gol Minit Beraksi
1 9/1/18 H SC Freiburg 3:1 Tidak bersama skuad
2 9/15/18 A F. Düsseldorf 2:1 1 18'
3 9/22/18 H Bor. Dortmund 1:1 Bangku Simpanan
4 9/25/18 A Hannover 96 1:3 AM 45'
5 9/29/18 H RB Leipzig 1:2 Bangku Simpanan
6 10/7/18 H E. Frankfurt 1:2 LW 1 30'
7 10/20/18 A 1.FC Nuremberg 1:3 RW 2 70'
8 10/27/18 H VfB Stuttgart 4:0 RW 1 90'

Selain pendedahan mengenai peranan Nagelsmann yang banyak mempengaruhi beliau untuk berpindah, Nelson turut mengatakan bahawa rakan senegara beliau, Jadon Sancho juga banyak membantu beliau dalam membuat keputusan menyertai Liga Jerman.

Mengenai peranan di atas padang yang mana beliau telah digunakan pada pelbagai posisi (sayap kiri,sayap kanan dan tengah menyerang), beliau tidak terlalu mementing posisi tertentu kerana beliau percaya bahawa pengendali pasukan lebih tahu mengenai kebolehan beliau dalam menghasilkan impak terbaik kepada dirinya dan juga pasukan.

For me, as long as I’m in the starting XI then that’s fine. I think the boss plays you in a position where he thinks he’s going to get the best use out of you. As a number 10, or a second striker, there’s a lot of good positions where I see myself and I can go on and do damage if I listen to my teammates and coaches.
-- Bundesliga 

Post a Comment

Previous Post Next Post