Bekas pemain Spurs menggariskan apa yang membuatkan Unai Emery sebagai jurulatih yang hebat.

Bekas pemain Spurs menggariskan apa yang membuatkan Unai Emery sebagai jurulatih yang hebat selepas memulakan kempen yang mengagumkan bersama Arsenal.



The Gunners telah mencatatkan kemenangan ke-11 berturut-turut sebelum seri 2-2 ketika menentang Crystal Palace.

Perkembangan itu merupakan sesuatu yang amat mengagumkan buat bekas pengendali PSG itu dalam membimbing pasukan paling berjaya di London.

Tewas dua perlawanan liga pertamanya sebagai Ketua Jurulatih di Emirates, ketika menentang Manchester City dan Chelsea, The Gunners bertindak balas dalam gaya tersendiri dengan memenangi 11 perlawanan berikutnya secara berturut-turut dalam kesemua pertandingan sebelum seri 2-2 di Crystal Palace pada hari Ahad lalu.

Prestasi cemerlang itu membuatkan ramai pemerhati dan peminat bolasepak mula tertarik dengan apa yang dipamerkan Arsenal ketika ini yang sifatkan cukup menarik, lebih-lebih lagi gol pasukan yang cukup menakjubkan berjaya dihasilkan ketika menentang Leicester City minggu lepas.

Dan bekas pemain Spurs, Frederic Kanoute juga sangat terkesan dengan permulaan menakjubkan Arsenal di bawah pengendali Sepanyol itu.

Frederic Kanoute (tengah).
Memenangi Piala UEFA sebanyak dua kali bersama Sevilla (2006 dan 2007) sebelum berlepas ke China pada tahun 2012 (menyertai Beijing Guoan), penyerang itu terlepas peluang untuk bermain di bawah kendalian Emery di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan (Sevilla) dengan dipisahkan enam bulan sahaja.

*Emery menyertai Sevilla pada 14 January 2013 dan Kanoute meninggalkan Sevilla pada 29 June 2012.

Walaupun beliau tidak sempat bermain di bawah pengendali berusia 46 tahun itu di Sevilla, namun beliau mempunyai pengetahuan mengenai betapa hebatnya Emery.

"Saya melawat bekas rakan sepasukan saya ketika saya sudah bersara dan saya melihat cara dia melatih," katanya kepada CNN.

"Semangatnya, dedikasinya, ia benar-benar hebat sekali.

"Cara dia melatih pasukannya, dia benar-benar ghairah tentang permainan itu."

Bercakap mengenai peluang Sevilla dan Arsenal dalam saingan Liga Europa, The Gunners yang telah mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut setakat ini untuk menduduki tangga teratas Kumpulan E, manakala Sevilla juga berada ditangga teratas Kumpulan J (dengan enam mata), Kanoute telah mendedahkan bahawa beliau berharap, Emery akan menentang bekas kelabnya, Sevilla pada final di Baku bulan Mei, 2019.

"Dengan pengalamannya secara peribadi dan pengalaman Sevilla sebagai kelab di Liga Europa, ia akan menjadi perlawanan yang menyeronokkan dan menarik," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post