Adakah Arsenal akan menggantikan Ramsey dengan pemain Chelsea, Ruben Loftus-Cheek?

Pemain antarabangsa England, Ruben Loftus-Cheek ketika ini menghadapi masalah bersama Chelsea dengan beliau kekurangan masa ataupun peluang beraksi bersama pasukan itu.



Perkembangan tersebut membuatkan terdapat rumors mengenai tindakan beliau yang bakal 'mengangkat' kaki daripada pasukan tersebut baik secara pinjaman mahupun secara kekal (dilepaskan - dijual) pada jendela perpindahan Januari nanti.

Pada kempen Liga Perdana 2017-18, beliau telah mempamerkan aksi yang mengagumkan ketika dipinjamkan kepada Crystal Palace dan kecemerlangan beliau itu menyebabkan Gareth Southgate memanggil beliau menyertai skuad Piala Dunia England 2018.

Namun ketika ini, beliau terdesak untuk mendapatkan lebih banyak aksi bersama Chelsea setelah gagal memecah kesebelasan utama pasukan itu dibawah kendalian Maurizio Sarri.

Musim ini, beliau hanya membuat tiga penampilan dalam keseluruhan aksi bersama Chelsea dengan hanya 33 minit beraksi untuk dua penampilan liga.

2018/19
Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol Minit beraksi
Liga Perdana Inggeris 2 - - 33'
Liga Europa 1 - - 66'
Jumlah 3 1 1 99'
2017/18
Premier League 24 2 4 1,875'
EFL Cup 1 - 1 90'
Jumlah 25 2 5 1,965'


Rekod penampilan mengikut posisi yang dimainkan beliau musim 2017/18
Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Left Midfield 12 1 3
Right Midfield 5 1 1
Attacking Midfield 4 - 1
Central Midfield 3 - -
Defensive Midfield 1 - -
JUMLAH 25 2 5

Mengikut laporan Express, Arsenal dikatakan sedia untuk mendapatkan pemain tengah Chelsea ini pada jendela perpindahan Januari nanti seandainya Aaron Ramsey dilepaskan (dijual).

Sekiranya Arsenal mendapat tawaran yang menarik daripada mana-mana pasukan untuk mendapatkan Ramsey, mereka dikatakan sedia melepaskannya pada bulan Januari nanti daripada kehilangan pemain tersebut secara percuma pada musim panas akan datang.

Dan Daily Mail pula melaporkan dimana Ruben Loftus-Cheek akan meminta Chelsea untuk melepaskan beliau secara pinjaman pada bulan Januari selepas gagal mendapat tempat di Stamford Bridge.

Adakah ianya bakal menjadi kenyataan dan adakah ianya berbaloi mendapatkan pemain Chelsea ini? Serta adakah Chelsea sedia melepaskan Ruben Loftus-Cheek kepada Arsenal, baik secara pinjaman mahupun secara kekal?


Nilai pasaran semasa beliau ketika ini adalah dianggarkan sekitar £16.2 juta.

Post a Comment

Previous Post Next Post