Per Mertesacker dedah mengapa beliau memilih akademi Arsenal daripada kembali ke Bundesliga.

Per Mertesacker mempunyai peluang untuk kembali ke Bundesliga pada akhir musim lalu, namun memilih untuk menjadi pengurus akademi Arsenal selepas bersara daripada pemain bolasepak.


Pendedahan keputusan yang dibuat beliau itu diceritakan sendiri oleh bekas kapten Arsenal yang berusia 34 tahun itu dalam laporan media Jerman, Bild ketika perlawanan amal yayasan beliau dan juga perlawanan perpisahan beliau.

Mertesacker menghabiskan masa tujuh tahun bersama The Gunners sebelum mengumumkan persaraan beliau sebagai pemain pada akhir musim 2017/18.

Bekas pemain pertahanan antarabangsa Jerman itu berkata beliau berpeluang untuk kembali ke Hannover 96, di mana beliau memulakan karier awalnya selaku pemain bolasepak.

Namun memilih untuk kekal berada di Utara London Utara setelah diyakinkan oleh Arsene Wenger.

"Semua orang tahu betapa bermaknanya Hannover 96 terhadap saya," kata Mertesacker kepada Bild.

"Sudah tentu, tahun lepas saya memikirkan apa yang mungkin berlaku saat hubungan saya bersama Arsenal berakhir dan peluang apa yang mungkin ada untuk saya dan keluarga saya. Dan, sudah tentu saya bercakap dengan beberapa orang mengenainya."

"Dengan Daniel (Stendel, bekas pengurus Hannover) saya lebih kerap bercakap melalui telefon. Hannover adalah rumah saya. 96 adalah dan akan sentiasa menjadi pilihan yang menarik."

"Kemudian datang Arsenal, Arsene Wenger yang pertama dan utama, dengan idea akademi junior."

Sabtu lalu, Mertesacker telah beraksi dalam satu perlawanan amal yang mana ianya juga dianggap perlawanan perpisahan sebagai pemain bolasepak (bersara) di Hannover bersama pemain lain seperti Michael Ballack, Theo Walcott, Petr Cech dan Martin Harnik.



After 15 years of professional football it's time to say goodbye for 2014 World Cup Winner Per Mertesacker. With over 500 appearances for SV Werder Bremen, Hannover 96 and Arsenal FC he is a true Bundesliga and Premier League hero! - Bundesliga.

Lawan mereka adalah pasukan pilihan Per Mertesacker - World XI yang terdiri daripada pemain ternama seperti Miroslav Klose, Max Kruse dan Claudio Pizarro dan dikendalikan oleh Wenger sendiri.

Semua hasil kutipan daripada perlawanan tersebut akan terus disalurkan kepada Yayasan Per Mertesacker, sebuah yayasan amal yang membantu kanak-kanak kurang bernasib baik melalui aktiviti sukan.

Perlawanan perpisahan tersebut berakhir dengan pasukan Per Mertesacker tewas 9-10 kepada pasukan yang dikendalikan oleh bekas pengurus pasukan Arsenal, Arsene Wenger.

Post a Comment

Previous Post Next Post