Pendedahan Laurent Koscielny berhubung persaraan beliau diperingkat antarabangsa.

Kapten Arsenal dedahkan 'kecederaan psikologi' dan 'kecewa' dengan hubungan bersama jurulatih.



Laurent Koscielny mengalami kecederaan Achilles pada penghujung musim lalu dan memaksa beliau berehat panjang sekaligus digugurkan daripada skuad kebangsaan Perancis untuk Piala Dunia 2018.

Pemain berusia 33 tahun itu pada awalnya mengakui bahawa beliau akan bersara dari bolasepak antarabangsa selepas kejohanan Piala Dunia FIFA di Rusia berakhir dan kini beliau telah mengumumkan bahawa beliau tidak lagi akan mewakili Les Bleus dalam satu temubual bersama Canal Plus.

Kecederaan jangka panjang yang dihadapi beliau itu memaksa beliau menyaksikan negaranya merangkul trofi paling berprestij bolasepak iaitu Piala Dunia dari tempat duduk penonton dan kapten Arsenal ini mendedahkan bahawa kejayaan terakhir Perancis itu amat 'menyakitkan' beliau lebih daripada kecederaan yang dialaminya pada bulan Mei lalu.

"Kemenangan Perancis di Piala Dunia membuatkan saya lebih menderita secara psikologi berbanding kecederaan saya."

"Saya pergi ke perlawanan akhir, kerana saya fikir saya perlu melapangkan minda saya dan bergembira."

"Ia menyakitkan dan menggembirakan saya pada masa yang sama, tetapi saya memerlukannya  itu untuk memulakan babak baru saya, "kata Koscielny sebagaimana dipetik dari Foot Mercato.

Koscielny turut meluahkan rasa kekecewaan beliau terhadap mereka yang melupai beliau saat ketika beliau mengalami kecederaan dan tidak beraksi.

Walaupun beliau enggan mengulas dan menamakan siapa yang dimaksudkan itu, namun beliau tidak dapat menahan diri apabila menjadi kritikal terhadap jurulatih Perancis, Didier Deschamps.

"Saya tidak perlukan sesiapa untuk bercakap tentang saya di media. Tetapi orang-orang di sekeliling saya, mereka berada di sana untuk membantu saya, untuk menerima berita saya."

"Di sana, anda mampu mengira mereka dengan sepuluh jari tangan. Mungkin sebelah tangan. Tetapi tidak banyak. Anda banyak belajar, anda juga kecewa, "katanya.

"Dia (Deschamps) menghubungi saya sekali. Dia menghantar saya mesej teks pada bulan September, untuk hari jadi saya."

"Seperti yang saya katakan tadi, tentang orang-orang yang anda fikir rapat dengan anda, ada yang mengecewakan saya. Terdapat ramai lagi orang lain, bukan hanya jurulatih. Jurulatih lain juga".

Beliau kini tidak sabar untuk kembali beraksi bersama Arsenal dan merebut kembali tempat beliau bersama pasukan yang dikendalikan oleh pengendali baharu, Unai Emery.

Post a Comment

Previous Post Next Post