Sesi penghormatan kepada bekas pemain Arsenal dibatalkan kerana ancaman daripada peminat.

Luis Boa Morte sepatutnya diberikan penghormatan pada aksi pertembungan Liga Europa, Jumaat lalu oleh Sporting.


Sebelum pertemuan di antara Sporting menentang Arsenal dalam saingan peringkat kumpulan Liga Europa, bekas pemain yang pernah mewakili kedua-dua kelab tersebut dilaporkan bakal diberikan penghormatan pada separuh masa kedua perlawanan.

Khamis lalu, media Portugal, Record telah melaporkan dimana bekas pemain berusia 41 tahun itu akan diberikan penghormatan pada rehat separuh masa kedua.

Record, turut mengingatkan dalam laporan mereka itu bahawa Sporting telah melakukan perkara yang serupa terhadap Paulo Futre pada awal tahun ini, ketika Lions (Sporting) berhadapan dengan Atletico Madrid, dua bekas kelab yang pernah diwakili pemain tersebut.

Laporan Record pada 25 Oktober 2018.
Namun pada hari perlawanan, tiada apa yang berlaku pada masa rehat separuh masa perlawanan, tiada sesi penghargaan diadakan sebagaimana dakwaan Record, Khamis lalu.



Pun begitu Record telah menjelaskan mengapa sesi penghormatan tersebut tidak dijalankan dalam laporan yang dikeluarkan mereka pada dua hari lalu (26 Oktober).

Terdapat banyak sebab untuk membatalkannya, dan antaranya berpunca daripada penonton dan peminat serta penyokong pasukan Sporting yang memberi tekanan serta ancaman kepada pemain tersebut ketika upacara tersebut dijalankan.

Laporan Record pada 26 Oktober 2018.
Dan baru-baru ini juga, Boa Morte turut telah mencetuskan kontroversi dengan salah satu seteru Sporting, Benfica.

Selain itu  beliau turut pernah mengkritikan pembantu jurulatih Sporting, Tiago Fernandes, yang didakwa oleh bekas pemain itu  bahawa Ferdandes berjaya mendapatkan kerja bersama kelab itu kerana pengaruh ayahnya di kelab tersebut. 



Juga terdapat alasan bahawa anak lelaki Boa Morte sedang bermain untuk akademi Benfica yang mana ianya juga mungkin mencetuskan perasaan tidak gembira penyokong dan peminat Sporting.

Luís Boa Morte memulakan kerjayanya di akademi Sporting dan bermain untuk kelab itu sehingga 1997, sebelum menandatangani kontrak bersama The Gunners pada musim 1997/98.

Rekod kelab diwakili:
Tahun Kelab Penampilan Gol
1994–1996 Sporting CP (akademi) - -
1996–1997 Sporting CP 0 0
1996–1997 → Lourinhanense (dipinjamkan) - -
1997–1999 Arsenal 25 0
1999–2001 Southampton 14 1
2000–2001 → Fulham (dipinjamkan) 39 18
2001–2007 Fulham 166 26
2007–2011 West Ham United 91 2
2011–2012 AEL 7 0
2012 Orlando Pirates 3 0
2012–2013 Chesterfield 12 0
JUMLAH 357 47

Beliau menghabiskan masa dua tahun bersama kelab Utara London, di mana beliau berjaya memenangi Liga Perdana (1997/98) dan dua kali Piala Perisai Komuniti (1998 dan 1999).

Sejak bersara pada tahun 2013, Boa Morte masih berkhidmat kepada kedua-dua kelab itu dimana beliau telah melatih beberapa peringkat belia di Sporting serta menjadi 'scout' kepada Arsenal.

➧ 2013–2014 : Jurulatih Fulham U21
➧ 2014 : Pembantu Jurulatih Sporting B
➧ 2014-2015 : Pengendali Sporting U19
➧ 2015-2017 : Scout untuk Arsenal

Beliau kini menjadi Ketua Jurulatih untuk skuad Sintrense yang beraksi  di bahagian ketiga bolasepak Portugal dan kelab tersebut telah ditubuhkan pada 7 Oktober 1911.

Post a Comment

Previous Post Next Post