Alex Iwobi tegaskan pemain Arsenal mahukan Ramsey kekal.


Alex Iwobi mendedahkan bahawa pemain Arsenal mahukan Aaron Ramsey kekal di kelab itu walaupun pertikaian kontraknya masih berterusan.

Ramsey menyertai Gunners pada tahun 2008 dari Cardiff City dan telah membuat 280 penampilan untuk kelab selain telah  menjaringkan 52 gol.

Walau bagaimanapun, pemain berusia 27 tahun itu dijangka meninggalkan kelab secara percuma pada musim panas depan ekoran gagal mencapai persetujuan dengan Arsenal dalam pembaharuan kontrak.

"Dia pemain yang hebat," kata Iwobi kepada BT Sport. 

"Ketika saya memasuki pasukan utama, saya selalu memerhatikan dan belajar dari beliau. Saya masih berbuat demikian hari ini."

"Ia akan menjadi kejutan besar jika dia pergi namun berharap dia boleh tinggal (kekal). Kita semua mahu dia tinggal. Semoga ia dapat diselesaikan. "

Ramsey terus mencetuskan pertikaian pendapat di Arsenal tetapi beliau telah memenangi tiga final Piala FA dan menjaringkan gol kemenangan dalam dua perlawanan serta dinamakan Pemain Terbaik  - Arsenal's Player of the Season sebanyak dua kali.

Post a Comment

Previous Post Next Post