Aubameyang kembali untuk pertembungan Arsenal menentang Fulham.

Pierre-Emerick Aubameyang terlepas aksi pada perlawanan pertengahan minggu diantara Arsenal menentang Qarabag, namun telah pulih dari sakit untuk kunjungan ke Fulham.

Arsenal menerima berita gembira selepas Pierre-Emerick Aubameyang dilaporkan cukup cergas untuk perlawanan Liga Perdana menentang Fulham pada malam ini.

Pemain antarabangsa Gabon telah menjaringkan empat gol dalam lapan penampilan bagi kesemua pertandingan musim ini, terlepas aksi ketika pertembungan Liga Europa menentang Qarabag setelah dilaporkan mengalami masalah kesihatan.

Namun beliau kini telah pulih dan mampu beraksi untuk menghadapi skuad Slavisa Jokanovic jam 7 malam ini waktu Malaysia.

Aaron Ramsey dan Henrikh Mkhitaryan juga kembali ke skuad selepas melakukan perjalanan ke Baku, sementara Petr Cech, Ainsley Maitland-Niles, Dinos Mavropanos dan Laurent Koscielny semuanya terpaksa diketepikan ekoran masalah kecederaan.

Selepas permulaan yang sukar di bawah pengendali baharu, Unai Emery, The Gunners kini mencatatkan lapan kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan dan kelima dalam Liga Perdana Inggeris.

Kemenangan malam ini mampu mengubah kedudukan Arsenal untuk mencabar kejuaraan liga musim ini setelah mengumpul 15 mata hasil tujuh perlawanan.

# Pasukan P M S K J : B +/- Mata
1 Manchester City 7 6 1 0 21:3 18 19
2 Liverpool FC 7 6 1 0 15:3 12 19
3 Tottenham Hotspur 8 6 0 2 15:7 8 18
4 Chelsea FC 7 5 2 0 15:5 10 17
5 AFC Bournemouth 8 5 1 2 16:12 4 16
6 Arsenal FC 7 5 0 2 14:9 5 15
7 Wolverhampton Wanderers 8 4 3 1 9:6 3 15
8 Manchester United 8 4 1 3 13:14 -1 13
9 Watford FC 8 4 1 3 11:12 -1 13
10 Leicester City 8 4 0 4 14:12 2 12

Post a Comment

Previous Post Next Post