"Tahniah Santi!", bekas pemain Arsenal ini berjaya jaringkan gol pertama beliau.

Santi Cazorla jaringkan gol pertama buat dirinya semenjak tahun 2016 selepas membantu  Villarreal mencatatkan keputusan seri 3-3 menentang Spartak Moscow.



Jaringan yang dihasilkan beliau itu bukan sahaja menggembirakan peminat dan penyokong Villarreal, malahan peminat dan penyokong Arsenal turut gembira melihatnya.

Santi Cazorla menamatkan kemunculannya yang luar biasa dari kecederaan yang mengancam karier bolasepak beliau dengan menjaringkan gol pertamanya sejak September 2016 untuk membantu Villarreal meraih satu mata ketika seri 3-3 menentang Spartak Moscow.


Villarreal turun selaku pasukan pelawat, ketinggalan 3-2 sebelum Cazorla menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-96 untuk mengikat kedudukan 3-3.

Dengan keputusan seri itu, Cazorla turut membantu Villarreal mendapatkan mata kedua mereka bagi saingan Liga Europa dari dua perlawanan dan menghuni tangga ketiga Kumpulan G ketika ini.

Pos. Pasukan P M S K J B +/- Mata
1 Rangers 2 1 1 0 5 3 +2 4
2 Rapid Wien 2 1 0 1 3 3 0 3
3 Villarreal 2 0 2 0 5 5 0 2
4 Spartak Moscow 2 0 1 1 3 5 −2 1

Ia merupakan pencapaian terkini bagi Cazorla, yang mana telah terlepas (berehat) selama 668 hari dalam perlawanan bolasepak serta telah menjalani 11 kali pembedahan selepas mengalami kecederaan Achilles yang serius ketika bermain untuk Arsenal pada Oktober 2016.



Perkembangan Santi Cazorla itu turut menyebabkan sebilangan peminat beliau dan Arsenal memuji dan mengucapkan tahniah kepada pemain Sepanyol tersebut yang menyertai Villarreal secara perpindahan percuma pada musim panas setelah dilepaskan Arsenal.



Villarreal terlebih dahulu berada didepan setelah Karl Toko Ekambi menjaringkan gol pada minit ke-13 untuk mendahului tuan rumah 1-0.

Pasukan pelawat terus mempamerkan aksi cemerlang sekali lagi mendahului tuan 2-1 menerusi Pablo Fornals (minit ke-49), namun gagal mengekalkan rentak cemerlang apabila tuan rumah menyamakan kedudukan hasil jaringan Ze Luis pada minit ke-82.

Lorenzo Melgarejo kemudian meletakkan tuan rumah berada didepan pada minit ke-85 sebelum Santi Cazorla menyamakan kedudukan pada minit-minit terakhir perlawanan menerusi sepakan penalti.

Selain menjaringkan gol setelah lama berehat, jaringan tersebut juga merupakan gol yang pertama beliau (Cazorla) dipentas Eropah dalam tempoh tujuh tahun bagi pemain berusia 33 tahun itu.


Sumber an kredit gambar: Daily Mail.

Post a Comment

Previous Post Next Post