Arsenal adalah pasukan berbeza apabila Torreira beraksi dan ini adalah berdasarkan statistik.

Statistik ini membuktikan bahawa Arsenal adalah pasukan yang sama sekali berbeza apabila Lucas Torreira berada dan beraksi bersama pasukan.

Walaupun bermula dengan kekalahan dalam aksi musim ini, namun Arsenal kini dilihat semakin berbisa dan berjalan lancar di bawah kendalian Unai Emery.

Dan prestasi cemerlang Arsenal ketika ini mungkin disebabkan kehadiran seorang pemain yang telah mengubah corak dan membantu Emery melancarkan taktikal beliau.

Lucas Torreira, yang mana telah mempamerkan aksi yang cukup mengagumkan ketika bersama Uruguay pada Kejohanan Piala Dunia baru-baru ini, mungkin menjadi kunci kejayaan The Gunners berdasarkan kepada statistik berikut.

Pemain antarabangsa Uruguay itu terpaksa menunggu peluang terbaik untuk beraksi dan membuat debutnya bersama Arsenal sebelum Emery memberikan beliau peluang untuk bermula dalam kesebelasan utama Arsenal ketika perlawanan menentang Everton.
Perlawanan tersebut merupakan aksi pertama beliau beraksi dan bermula dalam kesebelasan utama serta bermain sepanjang perlawanan (90 minit).

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh pengguna twitter, jelas sekali Arsenal amat berbeza ketika Torreira beraksi dan perbandingan adalah seperti berikut:
Ketika Torreira beraksi, rekod jaringan dan bolos amat ketara jika dibandingkan ketika pemain tengah tersebut tidak diturunkan.

Arsenal telah menjaringkan gol hampir dua kali ganda ketika pemain tengah itu diturunkan dan juga merekodkan jumlah bolos hampir tiga kali ganda berkurangan.


Statistik ini tidak menjadi kejutan kepada sesiapa yang melihat dan menyaksikan aksi Torreira, kerana gaya bermain beliau hampir mirip ataupun boleh dikatakan campuran Kante + Cazorla yang menjadi kunci kepada The Gunners untuk memecahkan serangan dan corak permainan pihak lawan serta memulakan serangan balas pasukan (Arsenal).

Gaya bermain Torreira sangat gigih dan agresif serta ditambah keinginannya untuk memenangi bola secepat mungkin, seolah-olah memainkan peranan besar dalam bentuk prestasi Arsenal ketika ini.

Adakah kita bakal menyaksikan gandingan Torreira bersama Xhaka sebagai gandingan yang mantap musim ini?

Seorang memiliki sifat 'pemusnah' dan seorang lagi memiliki sifat 'mencipta'.

Apa komen anda?

Post a Comment

Previous Post Next Post