Unai Emery dilaporkan 'taksub' dengan Banega, mahukan Arsenal dapatkan pemain tersebut.

Kisah perpindahan Ever Banega ke Arsenal berulang kali dilaporkan ketika jendela perpindahan musim panas masih dibuka walaupun pemain tersebut dikatakan ingin kekal berada di Sevilla.



Dan menjelang jendela perpindahan kedua bakal dibuka pada Januari nanti, media Inggeris dan antarabangsa kembali melaporkan dan mengaitkan perpindahan pemain Argentina tersebut ke Arsenal.

Ini kerana pemain berusia 30 tahun itu dikatakan mampu mengisi kekosongan yang mungkin akan ditinggalkan oleh Aaron Ramsey seandainya pemain tersebut dilepaskan pada jendela perpindahan nanti.

Sebelum ini, Steven N'Zonzi turut pernah dikaitkan ke Arsenal namun pemain tengah Perancis itu akhirnya berpindah ke AS Roma dan meninggalkan Banega sebagai calon terbaik yang tinggal untuk dibawa masuk Emery ke Arsenal.

The British press assures that Emery has not forgotten the Argentine and that he wants it for the January market. Its clause of 20 million is within the reach of any club in the Premier. - Mundo Deportivo

Dan perkembangan tersebut kembali membuatkan rumor perpindahan Banega ke Arsenal diperkatakan serta menyebabkan media Sepanyol, Mundo Deportivo mendakwa Unai Emery begitu taksub dengan Benega dan mengarahkan pengurusan kelab untuk mendapatkan pemain tersebut.


Dari perspektif Mundo, mereka mendakwa bahawa pemain tersebut pernah menolak peluang untuk beraksi di Liga Inggeris di awal musim ini selain keluarga pemain tersebut juga selesa berada di Sepanyol dan tidak berhasrat untuk berpindah ke London.

Cuma terdapat sedikit peluang buat Emery dan Arsenal untuk mendapatkan pemain ini memandangkan kontrak Banega bakal berakhir pada Jun 2020 dan pemain itu masih belum berunding untuk pembaharuan kontrak bersama Sevilla.

Nilai pasaran Banega ketika ini
Banega dianggarkan bernilai € 12 juta ketika ini dan mempunyai klausa pelepasan berjumlah € 20 juta (kira-kira£ 17.5 juta).
Main position : 
Central Midfield
Other position(s): 
Attacking Midfield 
Defensive Midfield

Post a Comment

Previous Post Next Post