Arsenal berada dalam 'bahaya', bakal kehilangan pemain lain secara percuma pada musim panas akan datang


Aaron Ramsey bukanlah satu-satunya pemain Arsenal yang bakal menamatkan kontrak pada penghujung musim ini bersama kelab.


Malahan dalam senarai skuad sedia ada (terkini), Arsenal mempunyai lima pemain (termasuklah) Ramsey yang bakal menamatkan kontrak pada penghujung musim ini.

Kontrak Danny Welbeck juga bakal berakhir pada Jun tahun depan bersama empat lagi pemain lain dan penyerang kebangsaan England itu boleh memulakan rundingan perpindahan secara percuma ke kelab lain bermula Januari nanti (2019).

Senarai pemain Arsenal yang bakal menamatkan kontrak pada penghujung musim ini (2018/19).
Bil Pemain Posisi Umur Tempoh Tamat (Kontrak)
1 Aaron Ramsey Central Midfield 27 tahun 30.06.2019
2 Danny Welbeck Centre-Forward 27 tahun 30.06.2019
3 Nacho Monreal Left-Back 32 tahun 30.06.2019
4 Petr Cech Goalkeeper 36 tahun 30.06.2019
5 Stephan Lichtsteiner Right-Back 34 tahun 30.06.2019

Welbeck semenjak menyertai Arsenal pada 2 September 2014, beliau telah membuat 119 penampilan dengan 31 gol dijaringkan dan 14 bantuan gol berjaya dihasilkan beliau.

Dan pada musim ini, beliau telah menjaringkan empat gol dalam tujuh penampilan yang dibuat beliau setakat ini dalam kesemua kejohanan bersama Arsenal.

Namun menurut laporan Irish Mirror, tiada sebarang usaha dijalankan oleh pihak pengurusan Arsenal bagi membincangkan ataupun berunding mengenai pembaharuan kontrak Welbeck bersama kelab setakat ini.


Pengendali Arsenal, Unai Emery setakat ini masih belum memberikan peluang kepada pemain penyerang serba boleh itu untuk membuat penampilan dalam kesebelasan utama (bermula) bagi saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Pun begitu, beliau telah memberikan peluang kepada Welbeck untuk memulakan aksi dalam perlawanan Liga Europa dan Piala Carabao, ketika menentang Vorskla (Liga Europa) dan Brentford untuk saingan Piala Carabao bulan lalu.

Bercakap selepas perlawanan menentang Brentford, Emery memuji aksi dan prestasi yang ditunjukkan Welbeck.

"Saya sangat gembira dengan persembahan dia. Dia memberi kita kualiti dan komitmennya setiap hari, " kata pengendali kelahiran Sepanyol tersebut.

"Danny Welbeck bekerja dengan komitmen ini dan ketika dia bermain dengan prestasi seperti hari ini, saya rasa dia membantu pasukan dan kami mahukan ini."

"Juga, lebih banyak peluang bagi kami untuk mencari XI pertama untuk setiap perlawanan seterusnya dengan persembahan seperti hari ini."

"Terdapat tiga perkara apabila kita bercakap tentang individu. Ada kelab, pemain dan pasukan, dan tumpuan saya adalah pasukan."

"Saya tahu mereka mempunyai kontrak di tahun terakhir dengan pasukan dan mereka berusaha berbincang dengan kelab, tetapi bagi saya, tumpuan hanya kepada prestasi dalam setiap perlawanan dan setiap latihan."

"Prestasi dan komitmen pemain sangat tinggi dan situasi Danny Welbeck adalah satu perkara untuk kelab dan untuk mereka."

Minggu lalu, penyerang bekas penyerang Arsenal, Ian Wright menggesa kelab untuk melakukan apa sahaja yang mereka mampu untuk terus mengekalkan Welbeck.

"Di mana dia sekarang, di belakang (Alexandre) Lacazette dan (Pierre-Emerick) Aubameyang, datang dari bangku simpanan dengan pengalamannya," kata Wright kepada Sky Sports.

"Dan fakta jelas bahawa dia mampu menjaringkan gol ketika berdepan dengan mana-mana lawan."

"Dia adalah pemain yang saya fikir Arsenal perlu mengekalkan untuk jangka panjang."

"Dia berharga untuk Arsenal. Saya fikir dia mempunyai lapan hingga 10 gol sepanjang musim."

"Dalam situasi semasa, saya tidak fikir Arsenal mampu membiarkan seseorang seperti itu pergi."

Wajarkah Arsenal mengekalkan Welbeck ataupun melepaskan pemain tersebut secara percuma dipenghujung musim ini?

Post a Comment

Previous Post Next Post