Pemain sasaran Arsenal tidak berminat untuk berpindah.

Pemain Lille, Nicolas Pépé menafikan dakwaan bahawa beliau bakal berpindah daripada kelab Perancis itu pada jendela perpindahan Januari ini.



Pemain berusia 23 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Inggeris serta beberapa kelab Eropah lain pada jendela perpindahan kedua yang bakal dibuka pada Januari ini (2019).

Sebelum ini (awal bulan September), laporan mengatakan Arsenal mahu mendapatkan Pepe pada jendela perpindahan Januari nanti (baca disini : Arsenal berminat dapatkan Pepe) dan hujung bulan lalu juga, media turut melaporkan dimana Manchester United turut berminat untuk mendapatkan beliau (baca disini : Manchester United berminat dapatkan pemain sasaran Arsenal).

Dan pada awal musim ini, ketika jendela perpindahan musim panas masih dibuka, Lyon dilaporkan telah melakukan tawaran berjumlah €30 juta terhadap Lille untuk mendapatkan khidmat Pepe, namun ditolak oleh pihak pengurusan Lille serta pemain itu sendiri memutuskan untuk kekal bersama kelab tersebut.

Manchester United turut dilaporkan telah menghantar 'scout' mereka  minggu lalu untuk menilai dan memantau prestasi Pepe ketika aksi menentang Bordeaux.

Walaupun Pepe berjaya mempamerkan aksi cemerlang namun beliau gagal membantu pasukannya itu daripada mengalami kekalahan serta gagal menjaringkan sebarang gol pada pertemuan tersebut yang berkesudahan kemenangan 1-0 Bordeaux ke atas Lille.

Bagi Arsenal pula, walaupun tiada laporan terkini mengenai usaha yang dijalankan mereka dalam memantau dan mengawasi perkembangan pemain tersebut, namun itu tidak bermakna bahawa Arsenal tidak mengikuti perkembangan pemain tersebut melalui Wyscout dan platform lain.

Walaupun semua minat yang dikaitkan terhadap beliau, Nicolas Pepe dalam temu bual untuk Telefoot di Perancis, beliau telah menegaskan bahawa beliau akan kekal bersama Lille musim ini dengan berkata "Tidak, saya tidak pergi" ketika ditanya mengenai prospek perpindahan Januari nanti.

"It is sure that Lyon is a very big club in France. These are things that do not refuse. You know me, I have a career plan. With all the respect I have for OL it's not something I wanted to stall right away. "

Tidak menetapkan apa-apa batasan untuk masa depan dalam karier bolasepaknya, pemain antarabangsa Ivory Coast itu menjelaskan bahawa beliau mahu bermain di 'kelab-kelab utama', kategori dimana dua kelab Inggeris iaitu Arsenal dan Manchester United berada.

Musim lalu beliau telah menjaringkan 14 gol dan lima bantuan gol dalam 38 penampilan bersama Lille.
Posisi Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Right Winger 17 10 4
Centre-Forward 14 3 1
Second Striker 1 - -
Others position 6 1 -

Manakala musim ini beliau telah membuat lapan penampilan dengan lima jaringan dan lima bantuan gol telah dihasilkan beliau setakat ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post