Adidas telah menandatangani perjanjian kit baru bersama Arsenal dengan CEO syarikat tersebut mengakui bahawa The Gunners berada dibawah tahap sebenar.
Arsenal bakal kembali kepada pengeluar barangan sukan dari Jerman apabila kontrak lima tahun bersama Puma berakhir musim ini.
Perjanjian baru Arsenal bersama Adidas juga bakal berlangsung selama lima tahun dengan kelab bakal menerima tajaan bernilai £60 juta setahun mengatasi jumlah pendapatan semasa Arsenal bersama Puma.
Ketua Pegawai Eksekutif Adidas, Kasper Rorsted berkata:
"Apabila kami melihat jenama Arsenal, ia adalah jenama global yang cemerlang yang berada dibawah prestasi sebenar dalam beberapa tahun kebelakangan ini."
"Kami percaya bahawa jangka panjang akan terdapat peningkatan dalam Arsenal. Bolasepak adalah sukan tunggal terbesar di dunia."
"Kami percaya bahawa jangka panjang akan terdapat peningkatan dalam Arsenal. Bolasepak adalah sukan tunggal terbesar di dunia."
Adidas CEO Kasper Rorsted: “When we look upon the Arsenal brand, it’s a stellar global brand that’s been under-performing in the last couple of years. We believe that long-term there is so much upside in Arsenal. Football is by far the single biggest sport in the world." pic.twitter.com/hUeoM8bqyv— Chris Wheatley (@ChrisWheatley_) October 10, 2018
"Jika anda melihat bagaimana mereka bermain sekarang, 5-1 menentang Fulham, bermain bolasepak antara yang terbaik, beberapa gol terbaik dihasilkan."
"Ramsey apabila dia membuat gol dengan tumit. Ia adalah bolasepak yang cemerlang. Mereka mempunyai hujung minggu yang baik tetapi dalam kit yang salah! "
Rorsted: “If you look upon how they’re playing right now, 5-1 against Fulham, playing some of the best football, some of the best goals were made. Ramsey when he made the goal with the heel. It’s just stellar football. They had a good weekend, but in the wrong kit!” pic.twitter.com/fHdRd1aYX9— Chris Wheatley (@ChrisWheatley_) October 10, 2018