Arsenal telah menandatangani beberapa pemain baru pada musim ini dan daripada lima pemain yang dibawa masuk Arsenal, tidak ada yang lebih penting daripada Lucas Torreira.
Torreira dibawa masuk dengan nilai perpindahan yang dipercayai sekitar €30 juta dari Sampdoria dan 'disimpan' terlebih dahulu sebelum berjaya menyesuaikan diri dengan bolasepak Inggeris.
Jika di awal penampilan beliau bersama Arsenal, Emery sekadar menggunakan beliau (menurunkan) untuk tempoh singkat bagi sesebuah perlawanan, namun kini pemain berusia 22 tahun itu akhirnya dilepaskan sepenuhnya oleh pengendali Arsenal itu untuk beraksi penuh (90 minit) dalam beberapa perlawanan terakhir (setakat ini).
Dan aksi beliau itu benar-benar memukau serta video dibawah menjelaskan mengapa beliau begitu penting kepada Arsenal dan juga Emery (bagi melaksanakan taktikal Emery dengan berkesan).
Melalui satu video yang di tweet oleh pengguna Twitter bernama @ dflatorre, ianya menjelaskan mengapa Torreira begitu penting kepada Arsenal ketika ini.
Dan aksi beliau itu benar-benar memukau serta video dibawah menjelaskan mengapa beliau begitu penting kepada Arsenal dan juga Emery (bagi melaksanakan taktikal Emery dengan berkesan).
Melalui satu video yang di tweet oleh pengguna Twitter bernama @ dflatorre, ianya menjelaskan mengapa Torreira begitu penting kepada Arsenal ketika ini.
" @ LTorreira34 is our Kanté, a permanent help for all, a great capacity to intercept and annoy the adversary in the gestation of the attacks, definitely the holder," said @ dflatorre . The midfielder won the spot at Emery's Arsenal
Saksikan video dibawah:
"@LTorreira34 es nuestro Kanté. Un auxilio permanente p/todos, una gran capacidad p/interceptar y molestar al adversario en la gestación de los ataques. Definitivamente titular", dijo @dflatorre. El mediocampista se ganó el puesto en el Arsenal de Emery pic.twitter.com/dKrxtp5CSl— Fútbol y Pizarrón (@FutbolyPizarron) October 9, 2018
Purata halangan ataupun 'tackle' yang dilakukan beliau adalah sebanyak 1.8 (lebih banyak daripada pemain-pemain lain selain Matteo Guendouzi) dan 1.9 'interceptions' bagi setiap 90 minit.
Torreira juga memberi kebebasan kepada pemain-pemain lain seperti Granit Xhaka dan Alex Iwobi yang turut berada dalam prestasi terbaik dan melindungi empat pemain pertahanan yang mana ianya terlalu terbuka pada musim lalu.
Baca juga : Arsenal adalah pasukan berbeza apabila Torreira beraksi dan ini adalah berdasarkan statistik.