Nilai tajaan Adidas berjumlah £300 juta bermula musim 2019/20.

Arsenal mengumumkan perjanjian kit baru, Adidas bernilai £300 juta bagi musim baharu bermula 2019-20 setelah perjanjian bersama Puma berakhir.

Jenama dan pengeluar produk sukan dari Jerman itu, kali terakhir menaja kit The Gunners pada tahun ataupun era 1990-an, sebelum Arsenal beralih ke Nike dan yang terakhir adalah Puma (semasa).

Adidas akan menggantikan Puma dalam menyediakan kit pasukan yang mana kontrak lima tahun (Puma) bakal berakahir pada penghujung musim ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui laman Twitter rasmi kelab, mereka mendedahkan bahawa kedua-dua pihak telah bersetuju dalam perjanjian tersebut.


"Arsenal dan Adidas telah bersetuju perkongsian kit baru, berkuatkuasa dari 1 Julai 2019."
Difahamkan perjanjian itu bernilai sekitar £300 juta, selama lima tahun hingga 2023 dan ini memberikan dana tambahan kepada Arsenal sebanyak £60 juta setiap musim (selama lima musim).

Dan nilai tersebut merupakan dua kali ganda daripada apa yang diterima Arsenal bersama Puma ketika ini (£30 juta semusim).

Namun nilai perjanjian tersebut masih gagal mengatasi jumlah tajaan Adidas kepada Manchester United yang bernilai £75 juta setahun.

Rekod tajaan tertinggi bagi tajaan kit masih menjadi milik Barcelona yang menerima tajaan berjumlah £140 juta setahun daripada Nike.

Dengan tajaan terbaru bersama Adidas, Arsenal menerima pakej rangsangan yang lebih baik untuk tabung kelab setelah sebelum ini mereka melengkapkan perjanjian baru bersama Emirates  yang menaja pada jersi pasukan bernilai £200 juta.

Post a Comment

Previous Post Next Post