Arsene Wenger antara calon pengendali Bayern Munich.

Arsene Wenger berada dalam senarai pendek bagi calon menggantikan Niko Kovac di Bayern Munich menurut laporan.



Niko Kovac, 46 tahun dilantik menjadi pengendali Bayern Munich pada 13 April 2018, menggantikan Jupp Heynckes untuk mengemudi gergasi Jerman itu bagi musim 2018/19.

Sebelum dilantik menjadi pengendali Bayern, beliau telah mengemudi kelab Eintracht Frankfurt dari tahun 2016 sehingga 2018 dan berjaya membawa pasukan tersebut mara ke final DFB Pokal musim lalu bertemu Bayern Munich.

Dan kecemerlangan beliau itu diteruskan dengan membawa pasukan tersebut menjuarai DFB Pokal dengan mengalahkan Bayern Munich 3-1 dan pasukan lawan ketika itu dikendalikan oleh Jupp Heynckes.

Selepas dilantik menjadi pengendali baharu Bayern, beliau diharapkan mampu mencipta dan meneruskan kegemilangan gergasi Jerman itu, namun sebaliknya yang berlaku apabila beliau memulakan kampen musim ini dengan prestasi yang mengecewakan.

Bayern ketika ini mencatatkan permulaan terburuk mereka dalam tempoh lapan tahun selepas Louis van Gaal melakukan perkara sama pada tahun 2010 dengan ketinggalan 13 mata dibelakang pendahulu liga, Borussia Dortmund selepas tujuh perlawanan.

Ketika ini, Bayern berada ditangga keenam liga serta ketinggalan empat mata di belakang Dortmund yang mendahului carta liga dengan 17 mata dan Bayern juga gagal memenangi sebarang perlawanan dalam empat aksi terakhir mereka bagi semua pertandingan.

Lebih mengecewakan apabila mereka tewas 3-0 dilaman sendiri ketika bertemu Borussia Mönchengladbach pada hujung minggu lalu.

Perkembangan tersebut menggambarkan seolah skuad tersebut sedang berdepan krisis dan menurut Bild, Bayern telah mula membuat persediaan bagi pengganti kepada Kovac sekiranya keadaan gagal diperbaiki oleh bekas pemain yang pernah mewakili skuad kebangsaan Croatia dari tahun 1996 sehingga 2008.

Dan laporan itu juga mengatakan bahawa kelab tersebut telah menyenarai tiga calon pengganti termasuklah bekas pengendali Arsenal, Arsène Wenger serta Zinedine Zidane dan juga Laurent Blanc.

Wenger sebelum ini turut dikaitkan dengan kelab Turki, Fenerbahce namun tiada sebarang perkembangan susulan dilaporkan setakat ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post