Bulan gemilang buat Alexandre Lacazette

Bulan September menyaksikan penyerang Arsenal, Alexandre Lacazette merangkul dua anugerah bulanan kelab.


Lacazette, 27 tahun setakat ini telah menjaringkan lima gol dan menghasilkan tiga bantuan gol bagi kesemua pertandingan yang disertai Arsenal.

Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol per minit Minit beraksi
Premier League 8 4 2 134 535
Europa League 1 - 1 - 19
EFL Cup 1 1 - 26 26
JUMLAH 10 5 3 116 580

Dan bulan lalu (September), beliau telah merekodkan tiga jaringan gol serta dua bantuan gol untuk memastikan Arsenal terus cemerlang mengekalkan rekod kemenangan selain mencatatkan kemenangan kesembilan berturut-turut.

Rekod jaringan Lacazette bulan September
# Perlawanan Keputusan Saingan Jaringan Bantuan Gol
1 Cardiff City vs Arsenal 2:3 EPL 1 1
2 Newcastle United vs Arsenal 1:2 EPL
3 Arsenal vs Everton 2:0 EPL 1
4 Arsenal vs Watford 2:0 EPL 1
5 Arsenal vs Brentford 3:1 EFL Cup 1



Prestasi cemerlang beliau itu telah menyaksikan beliau menerima penghargaan apabila dipilih menjadi Pemain Terbaik Bulanan Arsenal - Bulan September dan beliau juga turut menerima anugerah sebagai Gol Terbaik Bulanan - Bulan September, sebagaimana dipilih oleh penyokong dan peminat Arsenal.

Penyerang Perancis itu memulakan aksi cemerlang bulan tersebut dengan menjaringkan satu gol dan menghasilkan satu bantuan gol dalam kemenangan 3-2 Arsenal di Cardiff City pada 2 September lalu.

Kemudian, diikuti dengan satu gol dalam kemenangan The Gunners di Everton (2-0), yang mana jaringan beliau itu telah memenangi anugerah Gol Terbaik Bulanan dan satu gol ketika menentang Brentford dalam saingan Piala EFL - Carabao Cup.

Kecemerlangan Lacazette tidak terhenti disitu apabila beliau turut menghasilkan satu bantuan gol kepada Ozil dalam membantu Arsenal mewaskan Watford 2-0.

Momentum kecemerlangan Lacazette diteruskan lagi apabila beliau terus cemerlang dalam membantu pasukan apabila menghasilkan satu bantuan gol ketika Arsenal menewaskan Qarabag 3-0 dalam saingan Liga Europa awal bulan ini (Oktober).

Dan pada hujung minggu lalu, beliau mengekalkan kecemerlangan beliau apabila menjaringkan dua gol ketika Arsenal mencatatkan kemenangan bergaya, 5-1 keatas Fulham ditempat lawan.

Kejayaan dan kecemerlangan Lacazette itu banyak dibantu hasil kerjasama persefahaman beliau dengan Pierre-Emerick Aubameyang.


Gandingan dua pemain ini telah menjaringkan 10 gol dalam 11 perlawanan ketika bergandingan bersama-sama.

"Ia bagus," kata Lacazette mengenai hubungannya dengan Aubameyang.

"Dia seperti saudara saya, setiap hari kita bercakap, kami suka bekerja bersama-sama dan hari ini di depan gawang, kami menjaringkan dua gol, yang mana ianya sangat bagus."

"Sukar untuk membandingkan (rekod Aubameyang) dengan Thierry (Henry) kerana dia lebih muda (ketika bersama Arsenal) dan Auba berada di puncak kariernya, namun saya berharap Auba mampu menjaringkan sebanyak mungkin gol untuk membantu kami memenangi sesuatu."

Post a Comment

Previous Post Next Post