Aubameyang kembali ke London lebih awal selepas 'memberontak' terhadap pasukan kebangsaan.

Pemain Arsenal ini kembali ke London lebih awal selepas 'memberontak' terhadap pengangkutan pasukan kebangsaan.

Pierre-Emerick Aubameyang boleh melupakan aksi bolasepak beliau bersama skuad kebangsaan Gabon selepas bertengkar dengan persatuan bolasepak negara itu, FA Gabon.

Pemain berusia 29 tahun itu terlepas aksi perlawanan persahabatan antarabangsa  bagi perlawanan menentang Zambia pada November lalu ekoran kecederaan dan beliau bertindak kembali ke London lebih awal pada aksi rehat antarabangsa - international break tersebut.


Beliau sekali lagi melakukan perkara sama iaitu kembali ke London lebih awal, cuma kali ini untuk perlawanan kelayakan Piala Afrika berbanding dahulu hanya untuk aksi persahabatan.

Menurut L'Equipe, Aubameyang tidak beraksi ketika menentang South Sudan pada hari Selasa dalam kemenangan 1-0 negaranya walaupun bermain 90 minit dalam kemenangan 3-0 ke atas lawan yang sama Jumaat lalu, telah kembali ke London pada hari Isnin malam selepas enggan pergi ke Juba (South Sudan).

Kredit gambar: L'Equipe
Penyerang Arsenal itu dikatakan 'memberontak' dan tidak senang dengan pesawat yang sepatutnya membawa beliau dan pasukan Gabon ke perlawanan yang telah diatur oleh pihak Gabon FA.

Bekas penyerang Borussia Dortmund itu dilaporkan memberitahu pegawai Gabon FA bahawa beliau tidak akan menaiki 'benda itu' kerana beliau percaya ianya tidak sesuai dengan standard ahli sukan profesional.

Selepas enggan menaiki pesawat tersebut dan tidak menyertai perjalanan bersama pasukan Gabon, beliau kemudian dilaporkan terbang kembali ke London.

Pada masa ini tidak jelas sama ada ini adalah merupakan pengakhiran buat Aubameyang bersama skuad kebangsaan Gabon.

Post a Comment

Previous Post Next Post