Peruntukan 'ciput' jendela perpindahan musim depan untuk Emery.


Menurut pendedahan yang dibuat The Telegraph, akuantan The Arsenal Supporters Trust telah meramalkan anggaran dana yang akan diperuntukan pihak pengurusan Arsenal kepada Unai Emery musim depan.



Dana tersebut adalah untuk kegunaan bagi perbelanjaan pembelian pemain pada jendela perpindahan musim panas 2019.

Bajet yang diunjurkan itu mengambil kira jumlah keseluruhan gaji pemain yang signifikan setelah terdapat kenaikan pada jumlah pembayaran gaji pemain pada bulan Januari selepas Mesut Ozil bersetuju dengan perjanjian baharu dan kemasukan Pierre-Emerick Aubameyang.

Kenaikan kos tersebut juga dikatakan menjadi salah satu sebab mengapa kelab telah menarik balik rundingan pembaharuan kontrak bersama Aaron Ramsey.

Arsenal made the decision to withdraw a contract offer to Aaron Ramsey earlier this month and, while that is also believed to be based on head coach Unai Emery’s assessment of his squad priorities, there is likely to have been a financial consideration.
--  Telegraph

Ia juga mengambil kira kemerosotan pendapatan yang diraih Arsenal selepas gagal melayakkan diri ke Liga Juara-Juara pada musim lalu dan ia membuat situasi kewangan sedikit 'suram'.



Laporan Telegraph menyatakan bahawa Arsenal Supporters Trust telah meramalkan bahawa kelab akan mempunyai dana anggaran bagi perpindahan musim panas akan datang sekitar sekitar £ 40 juta sahaja.

Arsenal menghabiskan hampir £75 juta musim panas ini kali ini untuk membawa Lucas Torreira, Matteo Guendouzi, Bernd Leno dan Sokratis.

Sementara itu, The Gunners baru-baru ini telah mengumumkan perjanjian penajaan baharu bersama Adidas bernilai £ 300 juta.

Perkembangan (bajet dan peruntukan) itu mungkin akan berubah dengan Arsenal telah mengikat perjanjian baharu dalam penajaan jersi baharu yang bakal meningkatkan pendapatan kelab bermula tahun depan.

Kedudukan kewangan Arsenal akan menjadi lebih jelas apabila kelab mengeluarkan akaun mereka namun setakat ini ianya tidak begitu jelas untuk membuat pengiraan tepat.

Dengan dana sebanyak  £ 40 juta itu, tugas berat buat Mislintat untuk mencari pemain-pemain yang akan dibekalkan kepada Emery musim depan.

Post a Comment

Previous Post Next Post