Wenger gembira kerana dia tidak membiarkan Thierry Henry dan Patrick Vieira tersinggung di Arsenal.

Arsene Wenger, bekas pengurus Monaco dan juga Arsenal gembira melihat bekas pemainnya di Arsenal, Thierry Henry dan Patrick Vieira menjadi jurulatih.

Minggu ini bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger telah beraksi dalam satu perlawanan amal yang turut disertai beberapa pengurus lain termasuklah pengurus Perancis, Didier Deschamps. 

Kredit gambar : L’Equipe
Selepas perlawanan tersebut, Wenger telah ditanya mengenai Thierry Henry yang kini mengambil alih tugas selaku pengendali AS Monaco.

"Dia seperti yang lain, seperti Patrick Vieira, boleh berbangga dengan kariernya dan dapat memulakan latihan di peringkat tertinggi," kata Wenger sebagaimana dipetik daripada laman  L’Equipe.

"Saya, ini membuatkan saya gembira, kerana sekurang-kurangnya saya tidak meninggalkan mereka dengan perasan 'jijik' terhadap profesion kejurulatihan!."

"Kemudian, dia (Henry) akan membina jalannya sendiri. Dia sangat pintar, dia mempunyai kualiti yang diperlukan untuk berjaya."

"Dan anda perlu pemain yang baik, percaya kepada mereka, mempunyai sedikit nasib dan semua itu juga memerlukan persekitaran yang baik."

"Secara peribadi, saya mempunyai peluang ini di semua kelab dan saya berharap agar dia mempunyai persekitaran yang membolehkannya menonjolkan dirinya sebenar dan kesabaran yang tinggi."

"Kerana apabila anda memulakan kerjaya kejurulatihan, anda selalu berfikir anda akan menang, tetapi jurulatih yang baik adalah orang yang mampu bertahan dengan kekecewaan. "


Wenger turut mendedahkan dimana beliau masih mempunyai rancangan untuk kembali ke pengurusan selepas melepaskan jawatan beliau bersama Arsenal dan beliau memberitahu media Perancis itu: 

"Buat masa ini, saya memutuskan untuk tidak bekerja sehingga Januari. Sudah tiga puluh lima tahun tanpa henti. Di seluruh dunia, hampir tidak ada orang yang melakukannya. Jadi rehat itu sangat dialu-alukan. "

Post a Comment

Previous Post Next Post