Wojciech Szczęsny tidak pernah mahu tinggalkan Arsenal.

Penjaga gol Juventus, Wojciech Szczęsny mendedahkan bahawa beliau mahu kekal di Arsenal untuk sepanjang karier beliau.



Szczęsny antara bekas pemain Arsenal yang dibentuk ataupun dihasilkan daripada akademi remaja The Gunners dan telah membuat 181 penampilan untuk kelab sebelum meninggalkan secara kekal pada bulan Julai 2017.

Pemain antarabangsa Poland itu, kini menjadi penjaga gol utama Bianconeri berikutan pemergian Gianluigi Buffon pada musim panas, namun beliau mendedahkan bahawa beliau masih mencintai Arsenal dan tidak mahu meninggalkan kelab sebenarnya.

"Saya mahu berada di Arsenal untuk sepanjang karier saya," kata pemain berusia 28 tahun itu kepada BBC.

"Ia adalah kelab yang saya suka. Ia adalah kelab yang masih saya sokong. Saya memberikan segala-galanya untuk bermain di sana. "

"Saya menyesal kerana tidak melakukan lebih banyak perkara di sana. Saya memenangi dua Piala FA dan Perisai Komuniti tetapi saya ingin memenangi sekurang-kurangnya satu gelaran Liga Perdana."

"Tetapi kadangkala anda perlu berfikir dengan akal anda, bukan hanya hati anda."



Kisah Szczęsny didenda pastinya masih diingati selepas Arsène Wenger menangkapnya di bilik mandi selepas kekalahan kepada Southampton pada tahun 2015 dan beliau mengatakan kejadian itu membantunya untuk membesar serta menjadi lebih matang.

"Saya rasa saya seorang lelaki biasa," katanya.

"Saya pernah merokok. Saya tidak mampu mengawalya."

"Saya didenda oleh Arsene. Saya sangat menghormati beliau tetapi kerana ia berlaku pada masa yang sama saya kehilangan tempat saya dalam barisan permulaan, ia semakin besar (diperkatakan)."

"Saya berusia 20 tahun ketika saya mula bermain di Liga Perdana."

"Mungkin secara mental saya tidak cukup bersedia untuk itu dan itu telah memberikan reputasi terhadap saya."

"Tetapi kemudian anda membesar, anda matang."

"Sekarang saya seorang suami dan seorang ayah, jadi hidup sedikit berubah."

Musim ini (2018/19), Szczęsny telah membuat sembilan penampilan bersama Juventus dengan tujuh kali dalam saingan liga dan dua kali dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Dan beliau telah melepaskan lima gol serta mencatatkan lima perlawanan tanpa dibolosi.

Post a Comment

Previous Post Next Post