Perkembangan perpindahan melibatkan Arsenal dan Cengiz Under, menurut laporan terkini dari Itali.

Pada 19 Oktober, kami menyampaikan berita dari Itali dimana Arsenal berada di 'kedudukan terbaik' untuk menandatangani pemain muda AS Roma, Cengiz Under.



Dan dua hari lalu, kami juga melaporkan dimana Gazzetta dello Sport dan Corriere dello Sport menjelaskan bahawa Manchester City telah menyertai The Gunners dan kedua-dua kelab Inggeris itu dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain tersebut.

Kelab Serie A itu juga dikatakan sedang berusaha melakukan ataupun membuat tawaran baru (pembaharuan kontrak) kepada Cengiz Under supaya mereka boleh menaikkan klausa pelepasan menjadi € 50 juta, bagi mencapai  keuntungan besar hasil penjualan pemain itu di masa hadapan.

Terbaru, Calciomercato kini mendakwa Bayern Munich, Barcelona dan terutamanya Arsenal, semua dalam perlumbaan untuk mendapatkan pemain berusia 21 tahun dengan menyifatkan kelab Inggeris  telah 'kembali' untuk mendapatkan pemain sayap kelahiran Turki itu.

Laporan Itali itu juga menyebut bahawa penjelasan Pengarah Bolasepak Arsenal, Raul Sanllehi di mana ianya mendakwa, mereka (Arsenal) hanya akan memasuki pasaran Jendela Perpindahan Januari nanti jika terdapat mana-mana pemain yang mengalami kecederaan serius yang memerlukan mereka mendapatkan pengganti sebagai 'backup'.

Inilah sebabnya mengapa Calciomercato mengetepikan sebarang tawaran yang berpotensi dari kelab Utara London untuk mendapatkan Under pada jendela perpindahan pertengahan musim.

Sama ada Arsenal akan membuat pendekatan untuk mendapatkan pemain ini pada musim panas depan, semua bergantung kepada kejayaan Roma mengekalkan pemain itu sehingga akhir musim ini.


Nilai pasaran semasa Cengiz Under : £24.3 juta (MYR 129.38 juta).


Post a Comment

Previous Post Next Post