Dua legenda Arsenal dilaporkan antara yang bakal menggantikan Jardim di Monaco, menurut laporan.

Kedua-dua lagenda Arsenal itu mempunyai hubungan dengan kelab Ligue 1 tersebut sebelum ini .



Dan satu ketika dahulu mereka berdua juga pernah membantu Arsenal mencipta kejayaan cemerlang apabila menjuarai liga dengan rekod tanpa kalah.

Kini, Arsene Wenger dan Thierry Henry dilaporkan sebagai pesaing untuk menggantikan Leonardo Jardim sebagai pengurus baharu AS Monaco.


Juara Ligue 1 bagi musim 2016/2017 ketika ini berada ditangga ketiga tercorot dengan hanya mengumpul enam mata, ketinggalan 21 mata bersama pendahulu liga, Paris Saint-Germain setelah mengharungi sembilan perlawanan liga.

Persembahan buruk Monaco itu menyebabkan pengendali kelab tersebut, Jardim (44 tahun) disingkirkan daripada tugas beliau bersama kelab itu.

Kedudukan lliga Perancis - Ligue 1

#TeamM.WDLgoalsDif.Pt.
1Paris Saint-Germain, FranceParis Saint-Germain990032:62627
2Lille OSC, FranceLille OSC961217:71019
3Olympique Marseille, FranceOlympique Marseille951321:16516
4Montpellier HSC, FranceMontpellier HSC944112:7516
5AS Saint-Étienne, FranceAS Saint-Étienne943211:12-115
6Olympique Lyon, FranceOlympique Lyon942314:12214
7Girondins Bordeaux, FranceGirondins Bordeaux942313:11214
8Toulouse FC, FranceToulouse FC934210:12-213
9RC Strasbourg, FranceRC Strasbourg933316:13312
10Angers SCO, FranceAngers SCO932411:12-111
11Stade Rennes, FranceStade Rennes932412:14-211
12OGC Nice, FranceOGC Nice93247:13-611
13Amiens SC, FranceAmiens SC931511:13-210
14Nîmes Olympique, FranceNîmes Olympique924313:16-310
15SM Caen, FranceSM Caen924310:13-310
16Dijon FCO, FranceDijon FCO93159:13-410
17Stade Reims, FranceStade Reims92434:9-510
18AS Monaco, FranceAS Monaco91359:13-46
19FC Nantes, FranceFC Nantes91358:16-86
20EA Guingamp, FranceEA Guingamp91266:18-125

Dengan dipisahkan empat mata untuk menduduki zon selamat daripada penyingkiran, tugas berat buat pengendali baharu Monaco bagi memulihkan reputasi dan prestasi pasukan ketika ini.



Dua hari lalu, rumors kuat mengatakan bahawa pengendali Monaco itu tidak akan bertahan lama bersama pasukan itu, dan semalam, BBC melaporkan bahawa Jardim telah pun dipecat daripada mengendalikan Monaco.
According to my information, Leonardo Jardim will no longer coach AS Monaco in the coming days. My little finger tells me that the replacement is already in the pipes ....

Jika dua musim sebelum ini, AS Monaco dilihat begitu berbisa apabila berjaya menjuarai Ligue 1 dan mampu bersaing dan memberi cabaran kepada Paris Saint-Germain, namun selepas kelab itu melepaskan beberapa bintang mereka, prestasi mereka kini semakin merundum.

Jardim telah kehilangan beberapa pemain terbaiknya seperti Kylian Mbappe, Tiemoue Bakayoko, Fabinho dan Thomas Lemar kepada kelab-kelab elit Eropah dan menyebabkan mereka gagal bersaing musim ini walaupun dalam saingan domestik.



Laporan BBC juga menyebut bekas penyerang Arsenal, Thierry Henry dikatakan bakal mengemudi pasukan tersebut menggantikan Jardim.

Henry bermula selaku pemain akademi kelab tersebut dari tahun 1992 sehingga 1994, sebelum diserapkan ke dalam pasukan utama pada penghujung tahun 1994 (Ogos) sehingga Januari 1999.

Manakala, Arsene Wenger pula, walaupun tidak dilaporkan dalam laporan BBC itu, namun hubungan Wenger bersama kelab tersebut juga memainkan peranan, lebih-lebih lagi beliau tidak mengendalikan ataupun terikat dengan mana-mana pasukan ketika ini.

Wenger pernah menguruskan Monaco antara tahun 1987 hingga 1994 dan juga dikaitkan dengan kelab tersebut pada awal musim ini sebagaimana laporan Daily Express.

Namun Wenger dilaporkan telah menolak peluang untuk menjadi pengurus pasukan Ligue 1 itu pada awal musim ini.

Siapakah yang bakal menjadi pilihan Monaco untuk mengendalikan mereka dan mengharungi musim ini?

Post a Comment

Previous Post Next Post