9 pemain skuad Freddie Ljungberg dipanggil menyertai latihan bersama pasukan utama oleh Unai Emery.

Semalam tersebar gambar - gambar pemain Arsenal menjalani latihan dengan turut disertai oleh beberapa pemain muda daripada pasukan akademi.


Dengan beberapa pemain daripada skuad utama Arsenal terlibat dengan aksi perlawanan persahabatan antarabangsa, Ketua Jurulatih Arsenal, Unai Emery telah memanggil beberapa pemain muda daripada akademi  untuk menyertai latihan bersama skuad utama bagi persiapan Liga Perdana dan juga saingan Liga Europa.

Perlawanan seterusnya Arsenal:

Pemain-pemain utama yang terlibat dalam sesi latihan tersebut adalah seperti, Alexandre Lacazette, Emiliano Martinez, Hector Bellerin, Nacho Monreal, Sead Kolasinac, Shkodran Mustafi, Stephan Lichtsteiner dan Rob Holding, malahan Carl Jenkinson juga terlibat.

Jenkinson (belakang)
Pertahanan kanan, Jenkinson setakat ini masih belum membuat sebarang penampilan bersama skuad utama The Gunners musim ini kerana mengalami kecederaan.  

Beliau sebelum ini telah menghabiskan tiga daripada empat musim terakhir secara pinjaman dengan dua musim bersama West Ham sebelum menyertai Birmingham City tahun lalu.

Jurulatih bawah 23 tahun, Freddie Ljungberg turut hadir menyaksikan sembilan pemainnya menyertai latihan yang dikendalikan oleh Emery.


Dan kehadiran beliau itu adalah bertujuan untuk membantu Emery dengan menjelaskan kebolehan dan kemampuan pemain-pemain beliau itu.


Sembilan pemain yang dipanggil Emery daripada skuad kendalian Ljungberg adalah:

1. Charlie Gilmour
2. Dominic Thompson
3. James Olayinka 
4. Joseph Olowu
5. Julio Pleguezuelo
6. Nathan Tormey
7. Tobi Omole
8. Tolaji Bola (kiri)
9. Zech Medley

Charlie Gilmour
James Olayinka (kiri)
Joseph Olowu (kanan)
Nathan Tormey
Tolaji Bola (kiri)
Zech Medley 
Pemain lain seperti Eddie Nketiah dan Joe Willock tidak menyertai latihan kerana dipanggil untuk tugasan antarabangsa bersama beberapa pemain bintang Arsenal yang lain.
Aaron Ramsey, Alex Iwobi, Bernd Leno, Danny Welbeck, Granit Xhaka, Henrikh Mkhitaryan, Lucas Torreira, Mohamed Elneny, Pierre-Emerick Aubameyang dan Sokratis Papastathopoulos semuanya terlibat bersama skuad kebangsaan masing-masing bagi siri perlawanan persahabatan antarabangsa.

Sementara, Ainsley Maitland-Niles, Konstantinos Mavropanos, Mesut Ozil dan Petr Cech dilaporkan masih lagi belum cergas sepenuhnya untuk menyertai latihan ekoran kecederaan yang dihadapi namun, Laurent Koscielny difahamkan sedia kembali berlatih di London Colney. 

Kapten Arsenal itu tidak beraksi untuk The Gunners semenjak mengalami kecederaan pada saingan Liga Europa menentang Atletico Madrid musim lalu dan beliau telah pun kembali menjalani latihan ringan bersama pasukan serta dijangka kembali beraksi dalam masa terdekat ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post