Ejen pemain berharap Hakim Ziyech sertai Arsenal atau Liverpool.

Ejen kepada pemain tersebut mahu Unai Emery menandatangani 'mesin bantuan gol' Ajax.

Ejen Hakim Ziyech terdesak untuk superstar Ajax tersebut menyertai sama ada Arsenal ataupun Liverpool pada masa akan datang.

Ziyech 25 tahun, dilahirkan di Belanda dan mewakili skuad remaja negara tersebut untuk peringkat bawah 19, 20 dan 21 tahun.

Namun pada September 2015, beliau memutuskan untuk mewakili pasukan kebangsaan Maghribi dan tindakan beliau itu mencetuskan kemarahan pengurus pasukan Belanda, Marco van Basten.

Pemain perancang yang sedang mencipta nama ketika ini, menyertai Ajax pada tahun 2016 dan selama tiga musim bersama kelab itu, beliau telah membuat 97 penampilan dengan 25 gol dijaringkan serta menghasilkan 42 bantuan gol.

Kecemerlang beliau itu menyebabkan beliau menjadi buruan kelab-kelab ternama Eropah (seperti AS Roma) dan sebelum ini juga beliau sering kali dikaitkan dengan kelab-kelab Inggeris (Spurs, Everton dan Swansea).

Malahan Roma juga dikatakan hampir berjaya menandatangani pemain tersebut namun gagal dalam rundingan bersama ejen pemain itu.

Ejen Ziyech, Rene van der Dijp tidak begitu teruja dengan kelab-kelab yang dikatakan berminat terhadap pemain tersebut dan berharap kelab seperti Arsenal dan Liverpool datang membuat pertanyaan (menunjukkan minat).

"Saya harap ada kelab yang lebih baik daripada Roma seperti Arsenal atau Liverpool," kata Rene van der Dijp kepada Voetbal Primeur (sebagaimana dipetik daripada Express).

Tidak jelas sama ada Jurgen Klopp atau Unai Emery mempunyai minat terhadap pemain tersebut dan sebagaimana mana yang kita ketahui, perpindahan pemain (masuk) buat pasukan Arsenal dikendalikan oleh Raul Sanllehi dan juga Sven Mislintat.

Rekod penampilan bersama Ajax musim ini (2018/19 - setakat ini)
Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Eredivisie (Liga Utama Belanda) 8 4 4
UEFA Champions League Qualifying 6 2 1
UEFA Champions League 2 - -
JUMLAH 16 6 5

Rekod penampilan mengikut posisi
Posisi Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Right Winger 13 6 4
Attacking Midfield 3 - 1
JUMLAH 16 6 5

Nilai pasaran semasa Hakim Ziyech, € 30 juta (£26.5 juta)

Post a Comment

Previous Post Next Post