Everton sedia tawarkan kontrak lumayan kepada Ramsey.

Everton dilaporkan sedia untuk menawarkan kontrak lumayan yang akan meletakkan mereka di hadapan dalam perebutan pemain tengah Arsenal.


Situasi masa depan Aaron Ramsey semakin panas dengan lebih banyak kelab dikaitkan dengan pemain kebangsaan Wales ini, termasuklah beberapa kelab Liga Perdana Inggeris seperti West Ham dan Everton juga disebut kali ini.

Sebelum berita mengenai pemain berusia 27 tahun itu tidak akan memperbaharui perjanjiannya di Emirates diperkatakan secara meluas, terdapat beberapa berita yang mengatakan dimana beberapa kelab Itali berminat untuk mendapatkan beliau dan mengikuti perkembangan pembaharuan kontrak Ramsey secara rapat.

Ivan Gazidis, bekas CEO Arsenal yang berhijrah dari London ke Milan mencetuskan khabar angin yang mana beliau akan 'mempersembahkan' Ramsey kepada pasukan baharu yang akan disertai beliau (Gazidis) pada Disember ini.


Sementara raja perpindahan percuma, Juventus juga sering kali disebut dalam usaha untuk mendapatkan khidmat pemain box-to-box Arsenal ini.

Namun semua itu kelihatan berubah sebagaimana dilaporkan oleh TuttoMercatoWeb, dimana mereka mendakwa bahawa juara Serie A itu telah mengalih perhatian mereka kepada Adrien Rabiot, sementara Milan pula baru-baru ini dilaporkan dalam peringkat  akhir untuk menyelesaikan perjanjian mendapatkan Lucas Paqueta.

Perkembangan tersebut menyaksikan hanya Inter, yang mana laman tersebut percaya bahawa kelab tersebut masih mengekalkan minat terhadap pemain tengah itu (Ramsey).

Sebelum ini, Inter telah dikenakan tindakan oleh FIFA berhubung 'Financial Fair Play' yang mengenakan sekatan untuk mereka melakukan pembelian pemain, namun mereka dijangka bebas daripada tindakan tersebut musim depan.

MILAN - FC Internazionale Milano takes note of the statement from UEFA today: the break-even requirement for 2016-2017 was achieved, the settlement agreement remains in force until June 2019, squad limits of 22 players will remain in place for European competitions, along with the need to maintain a balance with regard to the values of players bought and sold.
-- Inter

Laporan itu juga menyebut dimana AS Roma dikatakan tidak berhajat meneruskan minat mereka terhadap Ramsey dan Lazio pula mungkin mengalami kesukaran dalam mendapatkan khidmat pemain tengah berpengalaman Arsenal itu.

Manakala Everton dikatakan sedia membuat tawaran lumayan kepada Ramsey sekaligus bakal mengatasi saingan kelab-kelab lain sebelum laman tersebut turut menyebut Chelsea, Manchester City dan Spurs turut berminat dan kemungkinan turut berusaha mendapatkan khidmat pemain tersebut.

Post a Comment

Previous Post Next Post