Mengejutkan, Arsenal dilaporkan sebagai pasukan pilihan untuk menandatangani Under.

Laporan terkini mengatakan bahawa pemain serba boleh AS Roma bakal meninggalkan kelab itu dan Arsenal dikatakan pasukan pilihan untuk mendapatkan Cengiz Under.


Saham Cengiz Under sejak beberapa bulan kebelakangan terus meningkat dengan ketara dan peningkatan tersebut dikatakan berpunca daripada kelab-kelab ternama seperti Arsenal dan Bayern Munich yang terus dikaitkan dengan pemain tersebut.

Dikaitkan dengan Arsenal dan Bayern, saham Cengiz Under terus meningkat.
Sejauh mana kebenaran mengenai kelab-kelab yang dikatakan berminat terhadap pemain sayap AS Roma itu tidak dapat dipastikan lagi, memandangkan setakat ini tiada tawaran jelas dibuat untuk mendapatkan pemain berusia 21 tahun itu.

Sebelum ini, Tuttomercatoweb melaporkan dimana AS Roma telah menolak tawaran berjumlah €30 juta (RM 142.88 juta) daripada Arsenal, malah tawaran berjumlah €35 juta (RM166.70 juta) daripada Monaco juga ditolak kelab yang dikenali dengan nama I Giallorossi.



Namun, ianya tidak menghalang untuk kelab-kelab tersebut mencipta kejutan menjelang Januari nanti.
AS Roma dijangka akan melepas Cengiz Under pada nilai sekitar €50-60 juta menurut Il Tempo
Selain Arsenal dan Monaco, Manchester City turut dikatakan berminat untuk mendapatkan Cengiz Under pada jendela perpindahan Januari nanti.

‘You can bet that (Manchester City) will return next summer’ - Corriere. 
Begitu juga dengan Spurs,  juga dilaporkan berminat.
Laporan Gazzetta dello Sport yang mengaitkan Spurs, Arsenal dan Bayern Munich. 
Alasan untuk meletakkan nilai yang terlalu tinggi bagi mana-mana pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain itu adalah kerana Roma terpaksa membayar 20% hasil jualan kepada Basaksehir (kelab terdahulu Under), menurut laman ForzaRoma.

Malahan laman itu juga mendakwa bahawa Arsenal kini berada di kedudukan terbaik dalam perebutan mendapatkan pemain tersebut, mengatasi Bayern Munich.

Cuma menjadi satu kemusykilan, adakah Arsenal bakal ataupun sanggup mengeluarkan belanja €60 juta (RM 285.46 juta/ £52.72 juta) bagi mendapatkan pemain tersebut.

Ini kerana laporan bajet perpindahan Arsenal dikatakan hanya sekitar £40 juta sahaja untuk  musim depan, melainkan terdapat pemain yang dijual pada jendela perpindahan Januari.


Walaupun ianya adalah sekadar anggaran, namun ianya juga tidak mustahil buat pengurusan Arsenal mengeluarkan bajet sedemikian rupa.

Pun begitu, pemain ini dikaitkan dengan perpindahan pada jendela Januari nanti.

Adakah ianya bakal menjadi kejutan sekiranya Arsenal, sebagaimana dilaporkan menjadi pasukan pilihan untuk mendapatkan pemain ini, benar-benar membelinya?

Post a Comment

Previous Post Next Post