Paulista dedah kisah beliau belikan rumah buat emaknya setelah sertai Arsenal.

Bekas pertahanan Arsenal mengatakan selepas beliau menandatangani kontrak bersama Arsenal, beliau dapat membeli rumah baru untuk emaknya.


Gabriel Paulista tidak lagi bersama Arsenal malahan tempoh beliau bersama kelab juga tidaklah begitu lama.

Pemain pertahanan tengah berusia 27 tahun ketika ini, dibawa masuk The Gunners pada Januari 2015 dengan nilai perpindahan sekitar £11.3 juta, akhirnya dilepaskan kepada Valencia pada Ogos 2017 setelah gagal menyesuaikan diri bersama pasukan kendalian Arsene Wenger (pengurus Arsenal ketika itu).
Walaupun tidak lagi bersama The Gunners, namun beliau telah mendedahkan bagaimana kehidupan beliau di zaman kanak-kanak dan bagaimana beliau mampu membantu kehidupan keluarga beliau setelah menandatangani kontrak bersama kelab yang berpengkalan di Utara London.

Seperti kebanyakan pemain bolasepak Brazil, pertahanan Valencia itu mempunyai zaman kanak-kanak yang miskin dan terpaksa berjuang dalam karier bolasepak untuk memasuki tahap profesional bagi membolehkan beliau menjaga dan membantu keluarga dengan kewangan yang kukuh.

Sebelum menyertai Arsenal, beliau terlebih dahulu mewakili kelab Vitoria di Bahia, Brazil dari tahun 2010 sehingga 2013, yang mana ianya merupakan kelab profesional pertama disertai beliau.

Namun ketika itu beliau tidak menerima gaji yang tinggi dan terpaksa menunggu sehingga berpindah ke Villarreal pada tahun 2013 sebelum mampu memberikan sesuatu kepada keluarga beliau dikampung.



Memetik kenyataan beliau yang dikeluarkan pada laman AS, Gabriel menjelaskan:

"Ketika berusia 18 tahun, saya meninggalkan rumah dan pergi bermain di Salvador de Bahía. Tetapi sehingga saya menyertai Villarreal saya tidak memperbaharui rumah ibu saya. Sebaik sahaja saya menandatangani kontrak untuk Arsenal, saya membeli sebuah rumah baru. "

Daripada pengubahsuaian dan akhirnya berjaya membeli sebuah rumah baru kepada ibunya dikampung, jelas ianya menggembirakan buat bekas pemain Arsenal itu dan beliau turut menceritakan mengenai beberapa cabaran yang dihadapi keluarganya ketika beliau membesar.

"Kami lima beradik dan saya adalah orang yang paling kurang merasa derita. Saya selalu mendengar cerita ibu saya. Itu memberi saya kekuatan untuk bekerja. Adik beradik saya yang lain lebih menderita berbanding saya."

"Mereka lapar, rumah itu tidak baik, ia diperbuat daripada kayu dan ketika hujan ianya dipenuhi dengan air. Ibu saya bekerja keras untuk memberikan sarapan pagi yang baik sebelum saya pergi ke latihan. "

Semenjak berpindah ke Valencia, Gabriel telah menjadi pemain penting untuk kelab Sepanyol itu apabila telah beraksi untuk 9 perlawanan setakat ini bagi musim 2018/19.

Secara keseluruhan, beliau telah membuat 46 penampilan bersama kelab tersebut.

Rekod penampilan setakat ini bagi musim 2018/19.
Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Kad Kuning Kad Merah Minit Beraksi
LaLiga 7 - - 1 - 630'
Champions League 2 - - - - 180'

Post a Comment

Previous Post Next Post