"Ia agak sukar" - Bintang PSG dedahkan pengalaman beliau dibawah kendalian Unai Emery.

Marco Verratti terlepas aksi dipenghujung musim lalu dan juga di awal musim ini ekoran kecederaan yang dialami beliau, namun kini beliau sedia beraksi setelah kembali cergas sepenuhnya.

Bintang tengah Paris Saint-Germain (PSG) itu dalam satu wawancara bersama Le Parisien di mana mereka telah memberbicarakan tentang pelbagai topik, termasuklah hubungan beliau dengan pengendali pasukan, Thomas Tuchel serta bekas pengendali terdahulu yang kini membimbing Arsenal, Unai Emery.

Unai Emery melepaskan jawatan beliau sebagai pengendali PSG musim lalu walaupun berjaya membimbing pasukan tersebut menjuarai Ligue 1 dan beliau ketika itu (musim lalu) mempunyai pilihan untuk menyambung kontrak bersama kelab tersebut untuk tempoh setahun lagi (berdasarkan kontrak).

Kekosongan yang ditinggalkan beliau di PSG itu bagaimanapun di isi oleh bekas pengendali Borussia Dortmund, Thomas Tuchel.

Bercakap kepada Le Parisien dalam temubual tersebut, Verrati telah ditanya mengenai perbezaan diantara dua pengendali tersebut menjelaskan:

"Semua jurulatih mempunyai cara berbeza untuk diterapkan terhadap setiap pemain, untuk menjadikan mereka memahami perkara (taktikal). Kadang-kadang dengan Emery, ia agak sukar, " jelas pemain antarabangsa Itali itu.

Apabila ditanya lagi sama ada perbezaan antara Emery dan Tuchel hingga ke tahap 'hubungan diantara pemain', Verratti berkata:

"Saya rasa, ya. Tuchel lebih senang. Kita melihat dia gembira dalam latihan. Kita berlatih dengan senyuman, tetapi kita sentiasa serius, kita tahu apa yang kita lakukan."

"Bekerja keras, tetapi dengan senyuman, inilah cara terbaik. Akhirnya, bolasepak selalu menjadi sukan, walaupun anda dibayar dengan baik dan telah menjadi pekerjaan bagi semua orang."

"Datang ke latihan dengan wajah sedih, ia tidak berfungsi. Kami mendapat kembali senyuman kami, yang hilang sedikit masa dahulu. "

Post a Comment

Previous Post Next Post