Thierry Henry berminat dengan jawatan sebagai pengendali Aston Villa namun pemilik kelab mungkin berubah fikiran.

Thierry Henry dilaporkan berminat jawatan pengurus pasukan di Aston Villa namun terpaksa menunggu selama dua minggu untuk mendapatkan kepastian mengenai jawatan itu.



Aston Villa telah memecat pengendali pasukan mereka, Steve Bruce pada hari Rabu selepas hanya berjaya mencatatkan satu kemenangan daripada 10 perlawanan Liga EFL Championship musim ini.

Dan situasi serta perkembangan terkini pasukan tersebut mencetuskan kemarahan peminat dan penyokong mereka, lebih-lebih lagi musim lalu mereka sekadar menamatkan saingan ditempat ke-4 Championship yang seterusnya menyebabkan mereka gagal melayakkan diri ke Liga Perdana Inggeris musim ini.

Legenda Arsenal, Henry pertama kali dikaitkan dengan jawatan di Aston Villa semenjak bulan Julai lalu, pada masa yang sama ketika beliau meninggalkan tugas dan kerjanya bersama Sky Sports.

Di awal musim panas tahun ini, berita mengenai Henry untuk menggantikan Steve Bruce telah kerap dilaporkan oleh media Inggeris, begitu juga dengan media Belgium yang menjangkakan bahawa pembantu kepada Roberto Martinez ini akan meninggalkan skuad kebangsaan Belgium untuk menyertai Aston Villa selaku pengendali kelab.

Kini segalanya hampir selesai setelah kelab Birmingham itu menyingkirkan Steve Bruce dan hanya menantikan masa yang sesuai untuk Henry melangkah masuk ke kelab tersebut bagi memulakan kerjayanya sebagai pengurus pasukan.

Namun ianya tidak begitu mudah dan juga mungkin tidak menjadi kenyataan kerana mengikut laporan media Perancis, L'Equipe percaya bahawa reaksi peminat dan penyokong mungkin memainkan peranan dalam menentukan pemilihan pengurus baharu pasukan mereka.


Media Perancis menyatakan alasan yang mana kekurangan pengalaman Henry selain ramai penyokong mereka dilaman sosial mendedahkan dimana pengendali kelahiran Perancis sebelum ini gagal memberikan sebarang impak positif dan kejayaan kepada kelab yang mana ianya mungkin mempengaruhi pemilik kelab tersebut.

Antara pengendali Perancis yang pernah membimbing Aston Villa sebelum ini adalah seperti Rémi Garde dan Gérard Houllier serta beberapa pemain Perancis (Didier Six dan Jordan Veretout) yang turut gagal menyinar bersama mereka.

Pun begitu,  RMC percaya bahawa Henry yang baru dilantik menjadi Penolong Pengurus Pasukan Kebangsaan Belgium (sebelum ini sekadar jurulatih) pada September lalu mungkin dilantik mengendalikan Aston Villa.

Post a Comment

Previous Post Next Post