"Impian saya adalah untuk beraksi bersama Arsenal", Alfred Gomis dedah impian beliau.

Menandatangani kontrak secara kekal bersama SPAL pada musim panas tahun ini selepas menamatkan tempoh pinjaman yang cemerlang bersama kelab Itali itu, Alfred Gomis melakukan yang terbaik untuk memastikan bola tidak menembusi kawalan beliau dan tidak menerjah jaringnya untuk pasukan Serie A.



"Impian saya adalah untuk beraksi bersama Arsenal". Pemain tersebut mempunyai niat perpindahan yang sangat jelas iaitu untuk menyertai The Gunners.

Dengan pasukan beliau ketika ini menghuni tangga ke-13 Serie A, beliau telah melepaskan 10 gol dalam sembilan perlawanan setakat ini dan jumlah itu dikatakan tidaklah seteruk mana jika dibandingkan rekod bolos pasukan yang bersaing dalam liga tersebut.

Kedudukan Carta Liga Serie A (setakat ini).
Pos Pasukan P M S K J B +/- Mata
1 Juventus 9 8 1 0 19 6 +13 25
2 Napoli 9 7 0 2 18 10 +8 21
3 Internazionale 8 5 1 2 12 6 +6 16
4 Lazio 8 5 0 3 11 9 +2 15
5 Sampdoria 8 4 2 2 12 4 +8 14
6 Roma 9 4 2 3 16 12 +4 14
7 Fiorentina 8 4 1 3 14 6 +8 13
8 Sassuolo 8 4 1 3 15 14 +1 13
9 Parma 8 4 1 3 10 9 +1 13
10 Genoa 8 4 1 3 13 15 −2 13
11 Milan 7 3 3 1 15 10 +5 12
12 Torino 8 3 3 2 9 9 0 12
13 SPAL 9 4 0 5 8 10 −2 12
14 Cagliari 8 2 3 3 6 9 −3 9
15 Udinese 9 2 2 5 8 13 −5 8
16 Bologna 8 2 1 5 4 10 −6 7
17 Atalanta 8 1 3 4 9 11 −2 6
18 Empoli 9 1 3 5 8 13 −5 6
19 Frosinone 9 0 2 7 6 24 −18 2
20 Chievo[a] 8 0 2 6 6 19 −13 −1

Dan beliau telah berusaha keras untuk meningkatkan prestasi beliau serta mempamerkan kecemerlangan dalam usaha untuk memikat mana-mana pasukan serta peluang perpindahan ke Liga Perdana Inggeris, terutamanya Arsenal.



Bercakap kepada Gazzetta dello Sport, pemain berusia 25 tahun itu mengakui bahawa salah satu impiannya adalah untuk bermain di Emirates dan sejak impian itu bertukar menjadi matlamat utama beliau dalam bolasepak, itulah yang disasarkan beliau ketika ini.

Keratan akhbar Gazzetta dello Sport.
"Masa depan saya? Keinginan saya adalah Arsenal. Saya telah menyukai pasukan Inggeris sejak saya masih kecil. " jelas Gomis kepada media tersebut.

Memandangkan Arsenal baru-baru ini telah menandatangani Bernd Leno dari Bayer Leverkusen dengan nilai perpindahan sekitar £22.5 juta, boleh dikatakan pemain berusia 24 tahun itu (Leno) akan menggantikan Petr Cech selaku penjaga utama The Gunners apabila bekas penjaga gol Chelsea itu bersara kelak.

Namun adakah beliau mempunyai peluang? Dan adakah beliau sekadar memenuhi impian beliau semata-mata untuk bersama The Gunners?

Post a Comment

Previous Post Next Post