Perkembangan terkini kecederaan pemain dan info perlawanan menentang Leicester.

Arsenal telah mengeluarkan video latihan belakang tabir menjelang pertembungan menentang Leicester bagi saingan Liga Perdana Inggeris tiga hari lalu.



Pierre-Emerick Aubameyang, Granit Xhaka dan Lucas Torreira semuanya hadir menjalani latihan selepas kembali daripada tugasan antarabangsa bersama skuad kebangsaan masing-masing.

Dalam video belakang tabir yang dikeluarkan Arsenal bertarikh 18 Oktober 2018, "The boys return from international duty to prepare for Monday's home Premier League match against Leicester City. Can we make it ten wins out of ten?", dapat disaksikan bahawa tiada kelibat permain pertahanan yang dibawa masuk dari Dortmund pada awal musim ini bersama pasukan menjalani latihan.

Sokratis tidak menghadiri sesi latihan tersebut setelah mengalami kecederaan pada pergelangan kaki ketika beraksi bersama pasukan kebangsaan Greece.


The Gunners berpeluang untuk mencatat kemenangan kesepuluh berturut-turut dalam kesemua pertandingan apabila menentang Leicester pagi esok (jam 3.00 pagi waktu Malaysia) dilaman sendiri.

Saingan Rekod
P M S K J B +/- Win %
Premier League 8 6 0 2 19 10 +9 75.00
FA Cup 0 0 0 0 0 0 +0 -
EFL Cup 1 1 0 0 3 1 +2 100.00
Europa League 2 2 0 0 7 2 +5 100.00
JUMLAH 11 9 0 2 29 13 +16 81.82

Dan jika berjaya mencatatkan kemenangan, Arsenal berpeluang untuk menempatkan diri dikalangan empat pasukan teratas liga serta memberi tekanan dan saingan dalam perebutan kejuaran liga musim ini.

# Pasukan P M S K J B +/- Mata
1 Manchester City 9 7 2 0 26 3 +23 23
2 Liverpool 9 7 2 0 16 3 +13 23
3 Chelsea 9 6 3 0 20 7 +13 21
4 Tottenham Hotspur 9 7 0 2 16 7 +9 21
5 Arsenal 8 6 0 2 19 10 +9 18

Ainsley Maitland-Niles juga kembali menjalani latihan penuh selepas mengalami retak fibula ketika menentang Manchester City pada hari (perlawanan) pembukaan musim ini.

"Sokratis mempunyai satu masalah, satu kecederaan kecil," kata Emery kepada wartawan.

"Mungkin untuk hari Isnin ia adalah sukar (untuk beliau bermain)."

keep our good habits but increase the control and intensity - especially in the first half. Do that against Leicester and our winning streak will break double figures.
-- Arsenal.com

 


Ozil yang tidak beraksi untuk skuad kebangsaan Jerman dilihat sebagai 'senjata sulit' Emery dalam menghadapi Leicester dengan menyifatkan pemain itu mampu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pasukan (Arsenal).




Suber dan kredit: Arsenal

Post a Comment

Previous Post Next Post