Unai Emery ingin mengetahui peluang yang ada bagi menandatangani Malcom.

Arsenal dilaporkan telah memulakan langkah awal dalam menandatangani pemain menjelang jendela perpindahan yang akan dibuka pada Januari nanti.



Menurut laporan, Emery dikatakan mahu mengetahui peluang yang ada buat Arsenal untuk menandatangani pemain tersebut.

Awal tahun ini (Januari 2018), Arsenal begitu kuat dikaitkan dengan perpindahan untuk mendapatkan pemain Bordeaux, Malcom Filipe Silva de Oliveira atau lebih dikenali dengan panggilan Malcom.


https://e0.365dm.com/18/07/768x432/skysports-malcom-bordeaux-football_4364761.jpg?20180717222216
Malcom, 21 tahun.
Namun pada 24 Julai 2018, kelab Sepanyol, Barcelona telah mengumumkan dimana mereka telah menandatangani Malcom dengan bayaran perpindahan yang dilaporkan sebanyak €41 juta  dan ditambah dengan bonus tambahan sebanyak €1 juta untuk mereka mengikat pemain tersebut dengan kontrak selama lima tahun.

Manakala bekas kelab Malcom (sebelum beliau menyertai Bordeaux), Corinthians dilaporkan menerima 2.5% daripada bayaran perpindahan itu.



Semenjak menyertai gergasi Sepanyol itu, pemain sayap kelahiran Brazil ini gagal untuk memikat pengendali pasukan itu (Ernesto Valverde) apabila hanya beraksi 25 minit dalam dua penampilan setakat ini untuk saingan La Liga dan keseluruhan saingan musim ini.

Kegagalan Malcom untuk memberikan sumbangan positif kepada Barcelona, selain faktor prestasi, beliau juga sukar mendapat tempat kerana perlu bersaing dengan Phil Coutinho, Lionel Messi dan Ousmane Dembele.

Alasan itu menyebabkan media Sepanyol, Sport kembali membuat spekulasi perpindahan terhadap pemain yang baru menyertai Barcelona itu.


Mereka mengatakan bahawa Barcelona ingin melepaskan Malcom pada jendela perpindahan Januari ini dan kelab-kelab Inggeris dan juga Itali dikatakan berminat dengan cadangan tersebut. 



Menariknya, mereka juga mengatakan Arsenal begitu teruja untuk mendapatkan pemain ini secara pinjaman pada Januari ini, namun bakal menerima saingan daripada musuh tradisi, Tottenham Hotspur yang juga dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain sayap berusia 21 tahun itu.

Manakala kelab-kelab dari Itali, hanya Inter Milan sahaja dikatakan berminat untuk mendapatkan Malcom selepas usaha AS Roma sebelum ini menemui kegagalan (tewas dalam perebutan bersama Barcelona dalam mendapatkan Malcom daripada Bordeaux).

The Gunners dan Inter Milan dikatakan telah memulakan rundingan dengan Barcelona mengenai peluang mendapatkan Malcom untuk separuh kedua musim ini.

Pun begitu, Barcelona dikatakan tidak berminat untuk menjalankan urusniaga secara pinjaman, namun Sport mengatakan bahawa kelab itu mempunyai barisan pemain yang melebihi pada bahagian serangan.



Ia tidak jelas mengapa Arsenal telah diseret dan ia mungkin merupakan kesinambungan dakwaan yang tidak berkesudahan dimana The Gunners ingin menandatangani Ousmane Dembele secara pinjaman sebelum ini.

BACA : Sumber dedahkan Arsenal berminat dapatkan Dembele.

Walau apa pun motivasi di sebalik dakwaan tersebut, Sport percaya Unai Emery ingin mengetahui peluang mereka dalam mendapatkan pemain itu secara pinjaman pada Januari nanti.

Pun begitu, dengan kecederaan yang dihadapi Messi mungkin menyebabkan Barcelona mengubah fikiran mereka.

Post a Comment

Previous Post Next Post