Kemanakah desitinasi Arsene Wenger Januari nanti?

Bekas pengurus Arsenal mengesahkan bahawa beliau bakal kembali menguruskan pasukan bolasepak tahun depan.


Beliau turut mengesahkan dimana beliau ketika ini menerima banyak tawaran namun enggan mendedahkan destinasi yang bakal menjadi pilihan.

Dalam temu bual bersama media Jerman, Bild, Wenger mendedahkan bahawa beliau menjangkakan akan membuat keputusan dan menerima tawaran baru serta bakal memulakan tugasan tersebut pada awal tahun depan.

"Saya percaya saya akan bermula semula pada 1 Januari. Saya tidak tahu lagi di mana. Saya sudah cukup berehat dan saya sedia bekerja semula."


"Terdapat persatuan, pasukan kebangsaan, ia juga boleh berada di Jepun. Tempoh 22 tahun saya di Arsenal, saya mempunyai pengalaman besar di peringkat yang berbeza. Terdapat pertanyaan dari seluruh dunia."


Post a Comment

Previous Post Next Post