Baik buruk persaraan Mesut Ozil daripada pasukan kebangsaan Jerman terhadap Arsenal

Julai lalu, bintang Arsenal dan juga Jerman, Mesut Ozil mengumumkan persaraan beliau daripada pentas antarabangsa.



Tindakan beliau itu dibuat ekoran layanan bersifat perkauman yang diterima beliau daripada pihak-pihak tertentu Jerman.


Semenjak Ozil tidak lagi beraksi bersama pasukan kebangsaan Jerman sejurus tamat kejohanan Piala Dunia 2018, pasukan kendalian Joachim Low itu masih gagal mencatat sebarang kemenangan dalam saingan kompetitif setakat ini, mereka hanya mencatatkan satu kemenangan sahaja ketika perlawanan persahabatan, menentang Peru.

Tarikh Perlawanan Keputusan Jaringan Saingan
17 Jun 2018 Germany v Mexico L 0-1 FIFA World Cup
23 Jun 2018 Germany v Sweden W 2-1 FIFA World Cup
27 Jun 2018 Korea Republic v Germany L 2-0 FIFA World Cup
06 Sep 2018 Germany v France D 0-0 UEFA Nations League
09 Sep 2018 Germany v Peru W 2-1 International Friendly
13 Oct 2018 Netherlands v Germany L 3-0 UEFA Nations League
6 Oct 2018 France v Germany L 2-1 UEFA Nations League

Lebih parah, prestasi Jerman dalam saingan UEFA Nations League dilihat sama sebagaimana ketika saingan Piala Dunia 2018.

Jerman ketika ini menghuni tangga tercorot Kumpulan 1 - Liga A, UEFA Nations League dengan hanya mengumpul satu mata daripada tiga perlawanan yang diharungi.
Pasukan P M S K J B +/- Mata
Perancis 3 2 1 0 4 2 2 7
Belanda 2 1 0 1 4 2 2 3
Jerman 3 0 1 2 1 5 -4 1


Dengan baki satu perlawanan sahaja lagi, ianya sukar buat pasukan tersebut untuk menduduki tangga teratas dan untuk meneruskan saingan ke peringkat seterusnya.

Namun begitu, dengan tidak mewakili ataupun tidak terlibat dengan tugasan antarabangsa, adakah ianya memberikan petanda baik kepada Mesut Ozil terhadap Arsenal?



Dari satu sudut, ianya dilihat sebagai satu kebaikan kepada Arsenal dimana risiko kecederaan terhadap pemainan itu akan berkurangan sebaik sahaja rehat antarabangsa (perlawanan persahabatan antarabangsa) berakhir.

Pun begitu, dari satu sudut yang lain, ianya juga memberikan keburukan kepada Arsenal dimana pemain tersebut tidak memiliki ataupun kekurangan motivasi untuk mempertingkatkan prestasi beliau bagi merebut tempat bersama pasukan kebangsaan.

Ini mungkin memberi kesan terhadap prestasi beliau bersama Arsenal.

Dan bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger juga menyatakan kerisauan beliau terhadap motivasi yang bakal mempengaruhi prestasi Ozil setelah tidak lagi mewakili Jerman.


"Saya percaya bahawa Jerman memerlukan Özil. Saya berharap Joachim Löw dapat meyakinkannya bahawa dia akan kembali."

"Ozil adalah pemain bolasepak yang hebat, dia bukan yang paling teruk dalam Piala Dunia. Saya tidak suka bahawa dia meninggalkan pasukan kebangsaan Jerman."

"Saya suka apabila pemain berada ditahap sebaik mungkin. Dia kehilangan sedikit jika dia tidak bermain di peringkat antarabangsa." jelas Wenger dalam satu temubual bersama Bild (dipetik daripada Guardian).

Post a Comment

Previous Post Next Post