Mampukah Crystal Palace menjadi penghalang kemenangan Arsenal?

Arsenal mensasarkan kemenangan Liga Perdana Inggeris kali kelapan berturut-turut ketika berkunjung tempat seteru London, Crystal Palace malam ini.



Manakala tuan rumah pula berhasrat menghentikan badi kekalahan yang di alami setelah kalah tiga kali berturut-turut dalam perlawanan liga.

Berita dan perkembangan pasukan

Crystal Palace:
Max Meyer dan Alexander Sorloth, kedua-dua pemain ini disahkan cukup sihat selepas mengalami masalah kesihatan baru-baru ini dan boleh beraksi sama seperti Conor Wickham yang turut kembali cergas untuk menjadi pilihan pengendali Crystal Palace, Roy Hodgson  pada perlawanan malam ini.

Manakala, Christian Benteke (kecederaan lutut) dan Joel Ward (ketegangan) tidak akan membuat penampilan pada perlawanan ini.

Arsenal:
Arsenal akan menilai pemain pertahanan Nacho Monreal dan Sead Kolasinac (kedua-duanya mengalami masalah hamstring), manakala Petr Cech (hamstring) telah kembali ke latihan tetapi mungkin tidak disenaraikan pada perlawanan ini.



Adakah kamu tahu?

➹ Roy Hodgson sedang mencari kemenangan pertama Liga Perdana ke atas Arsenal dalam tempoh 10 percubaan, dengan kemenangan terakhir dicatatkan beliau ketika bersama Fulham pada Ogos 2008.

➹ Crystal Palace telah menjaringkan tiga gol sahaja dalam lapan perlawanan terakhir mereka, manakala gagal menjaringkan sebarang gol dalam lima perlawanan yang lain.

➹ Arsenal telah menjaringkan enam gol Liga Perdana Inggeris melalui pemain gantian musim ini, lebih banyak daripada pasukan lain.

➹ Pierre-Emerick Aubameyang telah menjaringkan gol Liga Perdana Inggeris setiap 104.6 minit secara purata, nisbah minit dan jaringan (minutes-to-goal ratio) terbaik dalam sejarah untuk pemain dengan sekurang-kurangnya 10 percubaan.

Rekod pertemuan Crystal Palace - Arsenal
Lawan P M S K J:B
Arsenal FC 42 4 11 27 36:84

Ramalan

⚽ Bekas pemain Arsenal, Paul Merson menjangkakan The Gunners tidak menghadapi masalah untuk mencatatkan kemenangan pada pertemuan menentang Crystal Palace malam ini. Beliau meramalkan Arsenal menang 3-1.

⚽ Ramalan penulis, Arsenal menang 3-0 malam ini.

⚽ Ramalan anda?

Ramalan Crystal Palace vs Arsenal

Arsenal menang satu gol
Arsenal menang lebih dua gol
Arsenal Seri
Arsenal kalah
Other
Please Specify:
Created with PollMaker

Post a Comment

Previous Post Next Post