Manchester City dan Arsenal berminat dengan pemain AS Roma, klausa pelepasan kini meningkat, € 50 juta

Beberapa minggu lalu, Il Tempo memberi harapan gembira kepada Manchester City dan Arsenal dengan mendakwa AS Roma terbuka untuk melepaskan Cengiz Under menjelang musim panas depan.

Namun ianya bergantung kepada mana-mana kelab yang sanggup membayar ataupun membuat tawaran bernilai antara €50 - 60 juta (RM238.5 - 286.2 juta) kepada mereka bagi mendapatkan pemain muda Turki muda itu.

Baca: Arsenal tawar €30 juta bagi pemain tengah serba boleh.

Bayern Munich juga berada turut dikatakan dalam persaingan tersebut, namun Gazzetta dello Sport dan Corriere dello Sport dalam laporan mereka pada hari Jumaat lalu menjelaskan bahawa AS Roma kini sedia untuk membuat tawaran pembaharuan kontrak kepada Under.

Kontrak semasa pemain berusia 21 tahun itu bersama AS Roma bakal berakhir pada tahun 2022 namun menurut laporan itu, Eusebio Di Francesco sedia menawarkan pembaharuan kontrak bagi menjamin masa depan pemain itu bersama mereka di Rom.


Ini kerana pihak Roma menganggap 'permintaan' tinggi terhadap pemain itu selain 'menganggap' peluang untuk pemain tersebut berpindah juga tinggi menjelang musim panas nanti.
Baca: Harga Under terus melonjak.

Selain itu, dengan pembaharuan kontrak itu juga, mereka (Roma) mampu menaikkan nilai pelepasan pemain tersebut yang mana sebelum ini jumlah tawaran bernilai €30 juta dibuat Arsenal dan €35 juta dibuat Monaco telah ditolak mereka.

BACA : Mengejutkan, Arsenal dilaporkan sebagai pasukan pilihan untuk menandatangani Under.

Menurut Corriere dello Sport, mereka menjelaskan bahawa jumlah itu (nilai pelepasan) dijangka berada untuk sekurang-kurangnya €50 juta (£44.62 juta), tetapi Roma boleh menaikkannya lebih sedikit (lebih tinggi), kerana mereka juga 'berhutang' kepada Basaksehir (bekas pasukan Under).

Dimana Roma perlu membayar 20% daripada nilai penjualan pemain itu kepada bekas kelab yang pernah diwakili Under.

Begitu juga dengan laporan Gazzetta yang turut melaporkan nilai yang hampir sama, mereka mendakwa nilai pelepasan Under mungkin berada sekitar € 50- 60 juta.

Manchester City dan Arsenal sekali lagi dinamakan dalam laporan Corriere sebagai pihak yang berminat dan bersunguh-sunguh untuk mendapatkan Under.

Mereka turut mendakwa The Gunners telah melakukan 'kerja' bagi menrealisasikan perpindahan tersebut.

Post a Comment

Previous Post Next Post