Thierry Henry dan John Terry bakal bergandingan menguruskan Aston Villa

Calon pengganti kepada Steve Bruce yang dipecat Aston Villa minggu lalu bakal digantikan dengan beberapa pemain legenda Liga Perdana Inggeris termasuklah lagenda Arsenal.


Sebelum ini kami melaporkan dimana Thierry Henry dikatakan menjadi antara calon utama dan berminat untuk mengendalikan Aston Villa.


Dan dalam perkembangan terkini, (menurut) Daily Mail, mereka melaporkan dimana bekas penyerang Arsenal, Thierry Henry akan dilantik sebagai pengurus baru kelab tersebut dalam masa terdekat.

Sesuatu yang menarik mengenai laporan tersebut, John Terry, bekas kapten Chelsea dan England yang mana beliau pernah beraksi bersama kelab itu musim lalu dikatakan bakal dilantik menjadi pembantu Henry.

Kedua-dua mereka itu difahamkan telah menjalani temuduga untuk jawatan kosong pada bahagian pengurusan di Villa Park, dan pengalaman Henry sebagai pembantu kepada Roberto Martínez serta bersama pasukan kebangsaan Belgium memberikan beliau satu kelebihan berbanding Terry, yang masih belum mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan.

Terry yang baru sahaja mengumumkan persaraan beliau selaku pemain, memahami keadaan dan suasana di Villa Park.

Gandingan mereka berdua diharapkan mampu membantu pasukan tersebut untuk kembali bersaing di saingan tertinggi Liga Bolasepak Inggeris, Liga Perdana.

Baru-baru ini, Henry dilaporkan telah menolak peluang untuk melatih pasukan Ligue 1, Bordeaux dan beliau juga dilaporkan teruja untuk bekerjasama dengan pemain muda Villa, Jack Grealish.

Sementara Terry pula dilaporkan terlibat dengan skuad belia Chelsea dan baru-baru ini telah menolak peluang untuk menyertai kelab Liga Perdana Rusia, Spartak Moscow sebelum mengumumkan persaraan beliau.

Post a Comment

Previous Post Next Post