Arsenal dilaporkan meningkatkan usaha untuk dapatkan penyerang muda Lille.

Sepanjang bulan lalu, malah boleh dikatakan ianya melebihi tempoh tersebut, Arsenal begitu kuat dikaitkan dengan perpindahan dengan pemain muda Lille, Nicolas Pepe.



Ianya bermula apabila Barcelona dilaporkan berminat terhadap Pepe dan kemudiannya media Catalan membawa berita mengenai persaingan dalam perebutan pemain tersebut.



Kelab pertama yang dilaporkan media tersebut adalah Manchester United, dan kemudiannya Arsenal serta terbaru adalah Everton, yang dibawa mereka ke dalam cerita perebutan (minat) terhadap pemain berusia 23 tahun itu.



Mengikuti perkembangan ini melalui Mundo Deportivo, mereka melaporkan bahawa Barcelona kini mempunyai saingan terbaru dan lebih menarik, ianya adalah sebuah kelab ternama Eropah.



Kali ini mereka (pada edisi Sabtu) melaporkan bahawa gergasi Jerman, Bayern Munich turut berminat untuk mendapatkan pemain tersebut.


Kebiasanya, media Catalan akan menjelaskan mengapa sasaran Barcelona lebih memilih untuk menyertai kelab tersebut berbanding kelab-kelab lain, namun kali ini laporan mereka menjelaskan bahawa Arsenal dan Bayern menggiatkan usaha masing-masing untuk mendapatkan pemain tersebut.

L'Equipe telah menyifat pemain ini sebagai salah seorang daripada tiga pemain terbaik Ligue 1 setakat ini dan sekiranya Pepe terus mengekalkan serta meningkatkan prestasi beliau musim ini, sudah tentu pemain tersebut akan menjadi pembelian yang menarik bagi mana-mana kelab untuk musim panas yang akan datang.


Rekod penampilan musim ini 2018/19 (setakat ini).
Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Ligue 1 9 6 6
Posisi
Right Winger 9 6 7

Rekod penampilan musim 2017/18
Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol
Ligue 1 36 13 5
Coupe de France 2 1 -
Jumlah 38 14 5
Posisi
Right Winger 23 11 4
Centre-Forward 14 3 1
Second Striker 1 - -
Jumlah 38 14 5

Nilai pasaran semasa £14.4 juta

Post a Comment

Previous Post Next Post