PSG mahukan Arsene Wenger sertai mereka.

Paris Saint-Germain (PSG) dilaporkan ingin menggantikan pengarah sukan yang sering dikritik, Antero Henrique.


Menurut beberapa sumber, PSG dilaporkan sedia menawarkan jawatan sebagai Pengarah Sukan kepada Arsene Wenger pada jendela perpindahan Januari nanti.

Pengarah Sukan PSG, Antero Henrique dikatakan gagal dalam melaksanakan tugas beliau untuk mendapatkan serta melengkapkan perpindahan beberapa pemain yang menjadi sasaran PSG pada musim panas tahun ini.

Kegagalan beliau itu menyebabkan pasukan PSG dikatakan kekurangan pemain - squad depth terutamanya pada bahagian tengah pasukan.

Antero Henrique, 50 tahun merupakan Pengarah Sukan PSG berasal dari Portugal.
Walau bagaimanapun, Henrique dilaporkan dalam proses untuk mendapatkan pemain Celta Vido, Stanislav Lobotka, Danilo Pereira daripada kelab Porto dan Sander Berge daripada Genk pada jendela perpindahan Januari nanti.

Dengan penyingkiran beliau, ianya bakal menjejaskan usaha yang telah dilakukan itu.

Manakala bekas pengurus Arsenal, Wenger dikatakan telah memberitahu PSG bahawa beliau akan memastikan pilihannya sentiasa terbuka dan hanya akan membuat keputusan selepas Krismas.

Pun begitu, Wenger dikatakan lebih berminat untuk meneruskan tugas ataupun jawatan selaku pengurus dan jurulatih, sebagaimana beliau ketika di Arsenal.

Post a Comment

Previous Post Next Post