Arsenal telah dikaitkan dengan perpindahan Miguel Almiron pada jendela perpindahan Januari ini namun siapakan pemain tengah Atlanta United ini?
Dengan laporan kuat mengatakan bahawa Arsenal bakal menandatangani pemain tersebut dengan nilai perpindahan sebanyak £11 juta, bagaimanapun menurut laporan Metro, Presiden Atlanta United mahukan Arsenal membayar tiga kali ganda daripada nilai tersebut jika benar-benar mahukan Miguel Almiron.
Presiden Atlanta, Darren Eales menafikan khabar angin tersebut dalam satu sesi temubual bersama rancangan radio, 92.9 The Game.
Bercakap mengenai rumor tersebut, beliau mengatakan laporan tersebut tidak masuk akal kerana dua faktor.
"Jadi terdapat dua petunjuk mengapa laporan itu tidak masuk akal, satu adalah kerana Eagles, bukan Eales" jelas beliau yang merujuk kepada nama beliau yang di eja dengan salah.
"Dan yang lain adalah cadangan £11 juta kerana ia perlu mengambil sekurang-kurangnya tiga kali untuk saya untuk keluar dari katil dan memikirkan apa-apa tawaran untuk Almiron."
"Jadi semua orang tahu, sebaik sahaja mereka melihat angka tersebut, ia adalah longgokan sampah.'
Ditanya lagi jika tawaran sebanyak £11 juta atau $14.5juta itu terlalu kecil untuk mana-mana kelab mendapatkan Almiron, Eales mengesahkan: "Oh yeah, terlalu, sangat kecil, sememangnya."
Pun begitu, siapa Miguel Almiron yang kuat dikaitkan dengan Arsenal pada Januari nanti?
Umur: 24 tahun.
Posisi: Pemain Tengah.
Kelab semasa: Atlanta United.
Warganegara: Paraguay.
Cap antarabangsa: 12
Latar Belakang.
Dilahirkan di Asuncion, Paraguay, Almiron memulakan kariernya bersama Cerro Porteno pada tahun 2008.
Lima tahun kemudian, beliau membuat kemunculan sulungnya dalam pasukan senior kelab tersebut dan menjaringkan gol pertamanya semasa perlawanan menentang Rubio Nu dalam saingan Liga Paraguay.
Pada tahun 2013, Cerro Porteno telah memenangi Clausura Torneo namun Almiron pada musim itu hanya membuat enam penampilan sahaja dan kelab itu turut mencatatkan rekod tanpa kalah bagi keseluruhan musim itu.
Pos | Pasukan | P | M | S | K | J | B | +/- | Mata |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | Cerro Porteño | 22 | 14 | 8 | 0 | 37 | 16 | +21 | 50 |
2 | Libertad | 22 | 12 | 3 | 7 | 25 | 19 | +6 | 39 |
3 | Capiatá | 22 | 12 | 2 | 8 | 36 | 32 | +4 | 38 |
4 | Guaraní | 22 | 10 | 7 | 5 | 47 | 24 | +23 | 37 |
5 | General Díaz | 22 | 8 | 9 | 5 | 30 | 24 | +6 | 33 |
6 | Nacional | 22 | 9 | 6 | 7 | 30 | 26 | +4 | 33 |
7 | Sportivo Luqueño | 22 | 8 | 5 | 9 | 30 | 29 | +1 | 29 |
8 | Rubio Ñu | 22 | 6 | 7 | 9 | 25 | 32 | −7 | 25 |
9 | Olimpia | 22 | 6 | 6 | 10 | 31 | 32 | −1 | 24 |
10 | Sportivo Carapeguá | 22 | 5 | 7 | 10 | 24 | 38 | −14 | 22 |
11 | Sol de América | 22 | 4 | 5 | 13 | 24 | 43 | −19 | 17 |
12 | Cerro Porteño (PF) | 22 | 5 | 1 | 16 | 23 | 47 | −24 | 16 |
Beliau lebih banyak membuat penampilan bersama Cerro Porteno ketika kelab tersebut memenangi Apertura Torneo pada 2015 apabila membuat 19 penampilan dan menjaringkan lima gol.
Persembahan cemerlang yang dipamerkan beliau itu berjaya menarik perhatian kelab Argentina, Lanus yang mana beliau berjaya membantu kelab tersebut memenangi Divisyen Primera pada tahun 2016.
Pada Disember 2016, Almiron bersetuju menyertai Atlanta United dengan nilai perpindahan sebanyak $8 juta (£6.1 juta).
Beliau terus cemerlang dan menjadi pemain penting untuk kelab tersebut dengan menjaringkan sembilan gol dalam musim pertamanya di Amerika.
Rekod mewakili kelab.
Musim | Kelab | Penampilan | Gol | Bantuan Gol |
---|---|---|---|---|
2013 - 2015 | Cerro Porteño | 39 | 6 | - |
2015 - 2016 | Lanús | 40 | 4 | 4 |
2016 - terkini | Atlanta United | 65 | 21 | 21 |
Gaya permainan
Miguel adalah pemain serba boleh, yang boleh bermain pada bahagian sayap sama ada di belakang penyerang tunggal sebagai pemain nombor 10.
Posisi yang mampu dimainkan Almiron. |
Statistik beliau musim ini (setakat ini) menunjukkan beliau merupakan pemain yang kreatif dan mampu menjaringkan gol, namun permainan beliau bukanlah sekadar kepada menjaringkan gol dan menghasilkan bantuan gol menurut jurulatih Atlanta United, Gerardo Martinez.
"Miguel mempunyai komitmen kepada pasukan, saya bercakap tentang komitmennya untuk memenangi semula bola, menekan, dia seorang pemain yang selalu bekerja," katanya.
"Dia bukan tipikal No 10. Kerana dia memberi anda semua yang No 10 mampu berikan dan dia mungkin juga seorang pemain yang memiliki kelebihan seperti pemain tengah bertahan."
"Jadi sebagai pemain yang selalu bekerja keras, dia selalu diturunkan dalam setiap perlawanan, bahkan ketika perlawanan di mana pasukan anda tidak menguasai aspek permainan. Sangat jarang untuk melihat beliau tidak beraksi dalam perlawanan."
Rekod penampilan musim ini bersama Atlanta United
Saingan | Penampilan | Jaringan | Bantuan Gol |
---|---|---|---|
MLS | 32 | 12 | 13 |
US Open Cup | 1 | - | - |
Posisi | |||
Attacking Midfield | 26 | 11 | 11 |
Left Winger | 5 | 1 | 1 |
Right Winger | 1 | - | - |
Centre-Forward | 1 | - | 2 |
JUMLAH | 33 | 12 | 13 |