Unai Emery tegaskan Aaron Ramsey adalah 'sangat penting' untuk Arsenal selepas kemenangan keatas Fulham.

Pengendali Arsenal, Unai Emery mendakwa bahawa Aaron Ramsey adalah 'sangat penting' kepada Arsenal selepas mencatatkan kemenangan 5-1 ke atas Fulham.



Alexandre Lacazette membuka jaringan pada minit ke-29 di Craven Cottage sebelum Andre Schurrle menyamakan kedudukan pada saat-saat akhir penghujung separuh masa pertama untuk menamatkan babak pertama perlawanan dengan terikat 1-1.

Bagaimanapun, Lacazette menjaringkan satu lagi gol sejurus babak kedua bermula untuk meletakkan Arsenal di depan dan pemain gantian, Ramsey menjaringkan gol menarik pada minit ke-67 untuk mengukuhkan lagi kedudukan.

Jaringan Ramsey itu jelas menghancurkan semangat juang pasukan tuan rumah apabila seorang lagi pemain gantian Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang menjaringkan gol keempat Arsenal, kurang 10 minit daripada gol ketiga yang dijaringkan Ramsey.

Ganding kedua-dua pemain gantian tersebut terus cemerlang apabila Ramsey membantu Pierre-Emerick Aubameyang untuk menjaringkan gol kelima Arsenal sekaligus menamatkan perlawanan dengan keputusan Fulham 1-5 Arsenal.



Ramsey bakal menjadi ejen bebas pada musim panas akan datang dan beliau dijangka meninggalkan kelab selepas perbincangan mengenai pembaharuan kontrak menemui jalan buntu.

Ditanya mengenai situasi Ramsey selepas kemenangan keatas Fulham, Emery memberitahu BT Sport:

"Bagi saya, sangat penting baginya untuk memperolehi keyakinan dan menjaringkan gol pertama beliau hari ini. Dia pemain yang sangat penting."

"Dan bagi kami hari ini dia tidak bermula pada XI pertama tetapi hari ini dia mengambil keyakinan dan dia membantu pasukan."

Emery mendesak pemainnya agar terus meningkatkan prestasi dan mengekalkan momentum kemenangan selepas berjaya mencatatkan sembilan kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan.

"Prestasi kami sepanjang 90 minit sangat penting, untuk bersama dan dengan prestasi kami, kami menemui setiap saat dan setiap pemain, " kata pengendali kelahiran Sepanyol itu lagi.

"Itu adalah jaringan sangat penting bagi Aaron dan jaringan penting bagi kami. Persembahan terbaik kami adalah setiap pemain."

"Saya percaya dengan kemampuan kami, percaya dalam proses kami tetapi kami juga harus yakin. Saya fikir kita berada dalam pertandingan pertama dalam peperangan (perebutan kejohanan liga)."

"Ia sangat sukar tetapi kita mesti bersedia, terus meningkatkan dan menunjukkan komitmen besar."

Perlawanan Arsenal seterusnya  adalah berdepan Leicester City dilaman sendiri pada 23 Oktober 2018, jam 3 pagi waktu Malaysia.

Post a Comment

Previous Post Next Post