The Special One dipecat sebagai bos Manchester United hujung minggu ini

Jose Mourinho dijangka dipecat dari jawatan pengurus Manchester United hujung minggu ini selepas kehilangan keyakinan terhadap beliau menurut laporan.



Menurut Mirror Football, Mourinho telah mencapai tahap dimana ianya tidak mampu lagi untuk diselamatkan dan akan dilucutkan jawatannya tanpa mengira sebarang keputusan yang dihasilkan pada perlawanan menentang Newcastle malam ini (jam 12.30 malam).

United, gagal memenangi sebarang perlawanan dalam lima perlawanan terakhir mereka dan prestasi pasukan terus merosot di bawah pengendali berusia 55 tahun itu.

Beliau kini bukan sahaja kehilangan sokongan daripada para peminat dan pemain, malahan Naib Pengerusi Manchester United, Ed Woodward turut dikatakan tidak lagi mampu bersabar dengan pengendali yang terkenal dengan gelaran 'The Special One' itu.

The Reds Devils telah di'boo' oleh penyokong mereka sendiri sejurus tamat perlawanan menentang Valencia yang berkesudahan seri 0-0 pada hari Rabu lalu.

Dan prestasi merudum serta perkembangan tersebut dikatakan menjadi penyebab dan meyakinkan pihak pengurusan United bahawa perubahan diperlukan bagi menyelamatkan kelab itu.

Mourinho bakal menerima pampasan sekitar €25 juta jika dipecat daripada jawatan beliau bersama United dan Michael Carrick dilihat sebagai pilihan sementara untuk mengemudikan pasukan tersebut.


Laporan itu juga mendakwa bahawa bekas pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane merupakan calon pilihan untuk mengambil alih di Old Trafford.

Post a Comment

Previous Post Next Post