Selepas dikatakan tidak akan memperbaharui kontrak beliau bersama Arsenal, masa depan Aaron Ramsey terus dikaitkan dengan perpindahan menjelang jendela perpindahan Januari nanti.
Penghujung bulan lalu (September), BBC melaporkan dimana Ramsey mungkin dijual pada jendela perpindahan kedua musim ini (Januari) selepas pihak Arsenal tidak mahu meneruskan rundingan pembaharuan kontrak bersama pemain tersebut.
Menurut laporan tersebut, kontrak ataupun perjanjian untuk tempoh empat tahun telah disediakan dan ditawarkan kepada Ramsey, namun sebelum rundingan kontrak tersebut memasuki fasa akhir, pihak pengurusan Arsenal dikatakan telah menarik diri daripada meneruskan rundingan pembaharuan itu.
Tiada sebab yang jelas mengapa rundingan tersebut menemui kegagalan dan pihak BBC sendiri gagal melaporkan punca mengapa rundingan tersebut dihentikan.
Kontrak Ramsey bersama Arsenal bakal berakhir pada 30 Jun 2019, yang bermakna pemain berusia 27 tahun akan menjadi agen bebas pada musim panas akan datang.
Melainkan beliau dijual pada jendela perpindahan Januari nanti kerana menjelang Januari juga, Ramsey mampu dan dibenarkan berunding termasuklah menandatangani pra-kontrak dengan mana-mana kelab yang mahu mendapatkan khidmat beliau tanpa sebarang sekatan dan halangan daripada pihak Arsenal.
Penyertaan bekas CEO Arsenal, Ivan Gazidis ke AC Milan (baca disini) turut menyebabkan khabar angin kuat mengatakan bahawa Ramsey turut bakal menyertai gergasi dari Itali itu.
Media Itali, Calciomercato antara yang media yang kuat melaporkan mengenai perpindahan Ramsey ke AC Milan.
Namun dalam laporan terkini mereka, cerita mengenai Ramsey kali ini didedahkan mereka dengan mengatakan bahawa gergasi Sepanyol, Barcelona didakwa hampir pasti menandatangani pemain kebangsaan Wales itu pada jendela perpindahan musim panas baru-baru ini.
Barcelona, bagaimanapun telah memilih pemain tengah Bayern Munich, Arturo Vidal untuk dibawa masuk mereka pada jendela perpindahan musim panas baru-baru ini dengan melepaskan peluang untuk membawa masuk Ramsey.
Pemain tengah Chile itu bagaimanapun gagal menyerlah bersama Barcelona dan perkembangan ini menyebabkan khabar angin kembali kuat mengatakan bahawa kelab Sepanyol itu bakal kembali mendapatkan pemain tengah Arsenal, Aaron Ramsey pada jendela perpindahan Januari nanti.
Rekod penampilan Vidal bersama Barcelona dalam saingan La Liga setakat ini.
# | Lawan | Keputusan | Posisi | Gol | Bantuan Gol | Minit Beraksi |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | Deportivo Alavés | 3:0 | DM | 5' | ||
2 | Real Valladolid | 0:1 | CM | 14' | ||
3 | SD Huesca | 8:2 | CM | 19' | ||
4 | Real Sociedad | 1:2 | CM | 13' | ||
5 | Girona | 2:2 | CM | 1 | 58' | |
6 | CD Leganés | 2:1 | on the bench | |||
7 | Athletic | 1:1 | CM | 55' |
Dengan peluang terhad ketika ini bersama Barcelona serta prestasi yang kurang memberangsangkan, pemain berusia 31 tahun yang baru-baru ini muncul untuk tiga minit terakhir ketika Barcelona mencapai kemenangan 4-2 ke atas Tottenham, seolah-olah menyuarakan (meluahkan) ketidakpuasannya pada laman sosial Instagram beliau (Insta story) dengan mesej ringkas mengandungi emoji marah.
📱 [@kingarturo23] | Arturo Vidal on Instagram stories: pic.twitter.com/prf24DI0vq— BarcaTimes (@BarcaTimes) October 3, 2018
Sama ada Barcelona akan kembali pada bulan Januari nanti untuk mendapatkan Ramsey masih belum dapat dipastikan namun sekiranya Vidal tidak berpuas hati dengan masa bermainnya, kemungkinan besar pemain tersebut berusaha mencari di tempat lain dengan segera menjelang Januari nanti.
Dan perkembangan itu pasti memberikan Barcelona peluang yang lebih baik untuk mendapatkan pemain tengah Arsenal, Aaron Ramsey.