"Harap dia kekal disana" - Bapa Ospina tidak mahu anaknya pulang kerana tidak yakin dengan Arsenal.

Berikutan ketibaan Bernd Leno, David Ospina meminta untuk dilepaskan secara pinjaman bagi mendapatkan masa bermain yang lebih banyak. 



Dan pada 15 Ogos, pasukan Serie A, Napoli bersetuju dalam perjanjian pinjaman selama 1 tahun dengan pilihan untuk membeli Ospina, yang masih mempunyai kontrak bersama Arsenal sehingga bulan Jun tahun 2020.

Napoli bertindak meminjam Ospina selepas penjaga gol mereka, Alex Meret mengalami kecederaan.


Ospina setakat telah membuat enam penampilan dalam keseluruhan aksi bersama Napoli dengan rekod bolos sebanyak sembilan kali dan dua kali mencatatkan perlawanan tanpa bolos.

Saingan Penampilan Bolos Clean Sheets Menang Seri Kalah Minit Beraksi
Serie A 4 9 - 2 - 2 360'
UEFA Champions League 2 - 2 1 1 - 180'



Selepas mencatatkan keputusan seri ketika menentang Red Star Belgrade dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara Eropah, Napoli memerlukan kemenangan ketika menentang Liverpool bagi menghidupkan peluang mereka ke peringkat seterusnya yang mana kumpulan C turut dihuni oleh PSG.

Gol minit-minit akhir ketika menentang Liverpool memberikan mereka harapan untuk terus bersaing dalam saingan tersebut setelah kemenangan keatas Liverpool itu memberikan mereka kelebihan satu mata untuk berada ditangga teratas Kumpulan C.

# Kelab P M S K J :B +/- Mata
1 SSC Napoli 2 1 1 0 1:0 1 4
2 Liverpool FC 2 1 0 1 3:3 0 3
3 Paris Saint-Germain 2 1 0 1 8:4 4 3
4 Red Star Belgrade 2 0 1 1 1:6 -5 1

Beliau menerima kritikan hebat sebelum perlawanan tersebut memandangkan sembilan gol telah dilepaskan beliau dalam empat perlawanan liga pertama untuk dirinya.

Namun penjaga gol antarabangsa Colombia itu menebus kritikan tersebut dengan mengekalkan gawang beliau daripada dibolosi ketika menentang Liverpool, seterusnya memberikan tiga mata berharga buat kelab tersebut.

Dan prestasi cemerlang beliau itu bukan sahaja membanggakan dirinya malahan membuatkan peminat dan penyokong Napoli turut berbangga termasuklah bapanya.



Bercakap kepada Radio Marte, sebagaimana dipetik daripada Corriere dello Sport, bapa kepada Ospina, Hernan Ospina berkata: 

"David selalu bertindak balas dengan baik dan mengawal dengan baik bola dikakinya. Saya melihat semalam bahawa pasukan telah menyedari ini dan rakan sepasukannya mempercayai dia, semakin banyak, membawa dia bermain dengan memberikan dia bola. "

Mengalahkan Orestis Karnezis untuk menjadi penjaga gol utama Napoli sementara menantikan Alex Meret pulih dari kecederaan yang dialaminya ketika pra musim, Ospina kini mula berjaya menempatkan dirinya dikalangan peminat dan penyokong Napoli serta perkembangan itu membuatkan bapanya turut gembira.

Malahan bapa Ospina tidak mahu penjaga gol Arsenal itu kembali ke Emirates pada musim depan dan berharap agar terus kekal berada di Itali.

"Saya berharap dia kekal di Napoli kerana dia gembira. Dia mendapat tempat dan kepercayaan yang mana kurang ketika berada di Arsenal."

"Saya harus mengatakan bahawa walaupun di Colombia, semua orang suka menonton Napoli."

Dengan Napoli mempunyai pilihan untuk membeli Ospina pada hujung musim ini (selepas berakhir tempoh pinjaman), Ospina haruslah mengekalkan dan meningkatkan prestasi beliau sebelum Alex Meret kembali pulih dan kembali beraksi bagi memastikan beliau terus kekal berada di Itali.

Semoga terus maju Ossssspiiiinaaa!

Post a Comment

Previous Post Next Post