Harga pemain sasaran Arsenal melambung tiga kali ganda dengan Barcelona turut berminat.

Awal bulan lalu dan sehingga kini, kisah pemain muda Lille, Nicolas Pepe menjadi topik hangat dikalangan media Itali dan dikaitkan dengan perpindahan bersama Arsenal serta beberapa kelab lain.

Selepas Manchester United dikatakan turut berminat untuk mendapatkan Pepe, terkini Barcelona turut dilaporkan mahu mendapatkan pemain tersebut pada jendela perpindahan Januari nanti.


Tindakan Barcelona yang turut sama menyertai 'perlumbaan' untuk mendapatkan Pepe menyebabkan harga pemain tersebut terus meningkat. 

Sebelum ini, Lyon dilaporkan (baca disini) telah membuat tawaran berjumlah € 30 juta kepada Lille untuk mendapatkan Pepe pada jendela perpindahan musim panas namun ditolak pengurusan kelab tersebut.


Dengan lapan penampilan liga setakat ini, Pepe telah menjaringkan lima gol dan menghasilkan lima bantuan gol.

Edisi Khamis, Mundo Deportivo mempunyai cerita berkaitan kelab yang berminat untuk mendapatkan Nicolas Pepe dari Lille dan nilai terkini yang mungkin membuatkan pengurusan Lille sedia melepaskan pemain tersebut.

Akhbar tersebut melaporkan bahawa Barcelona masih mengikuti perkembangan Pepe begitu juga dengan beberapa kelab Sepanyol lain termasuk Sevilla dan turut mengaitkan Arsenal dalam perlumbaan mendapatkan pemain berusia 23 tahun itu.


Jika sebelum ini tawaran berjumlah € 30 juta telah ditolak Lille untuk Lyon mendapatkan Pepe, Mundo Deportivo percaya dengan peningkatan minat daripada beberapa kelab ternama Eropah membuatkan harga pemain tersebut meningkat berkali ganda.

Lille menandatangani pemain berusia 23 tahun itu dari Angers dengan nilai perpindahan sebanyak € 10 juta tahun lalu dan prestasi beliau setakat ini telah menyaksikan kenaikan harga sebanyak tiga kali  ganda dari apa yang dibayarkan Lille ketika mendapatkan beliau. 

Laporan itu juga mendakwa Lille tidak akan menerima apa-apa tawaran ataupun rundingan jika mana-mana kelab mengemukakan tawaran kurang daripada penilaian mereka, iaitu €30 juta.

Post a Comment

Previous Post Next Post