Maklum balas Manchester United berhubung laporan pemecatan José Mourinho minggu ini.

Manchester United telah menafikan laporan mengenai pengendali mereka, José Mourinho akan dipecat hujung minggu ini dan meyifatkan ianya sebagai tidak masuk akal.

Pada malam Jumaat, khabar angin yang melaporkan bahawa Mourinho akan dipecat dari kedudukannya sebagai pengurus United tanpa mengira keputusan perlawanan pada hari Sabtu, menentang Newcastle telah mula tersebar.


Walaupun The Red Devils gagal mencapai sebarang kemenangan dalam lima perlawanan terakhir mereka, namun kelab itu telah menafikan keputusan telah dibuat berhubung masa depan Mourinho.

United kini menduduki tangga ke-10 dalam carta Liga Perdana Inggeris dan ini merupakan permulaan terburuk mereka dalam kempen liga dalam tempoh 29 tahun.

Pun begitu, malam tadi United berjaya mencatatkan kemenangan yang mengakhiri kegagalan mereka dalam lima perlawanan terdahulu apabila menewaskan Newcastle 3-2.

Bagaimanapun mereka terlebih dahulu ketinggalan 2-0 sebelum bangkit di babak kedua untuk menewaskan pasukan kendalian Rafa Benitez itu.

Kemenangan tersebut meletakkan United berada di tangga ke-8 liga ketika ini, berkongsi mata bersama Watford, 18 mata hasil lapan perlawanan.

Kedudukan Liga Perdana Inggeris selepas aksi malam tadi.
# Pasukan P M S K J : B +/- Mata
1 Manchester City 7 6 1 0 21:3 18 19
2 Liverpool FC 7 6 1 0 15:3 12 19
3 Tottenham Hotspur 8 6 0 2 15:7 8 18
4 Chelsea FC 7 5 2 0 15:5 10 17
5 AFC Bournemouth 8 5 1 2 16:12 4 16
6 Arsenal FC 7 5 0 2 14:9 5 15
7 Wolverhampton Wanderers 8 4 3 1 9:6 3 15
8 Manchester United 8 4 1 3 13:14 -1 13
9 Watford FC 8 4 1 3 11:12 -1 13
10 Leicester City 8 4 0 4 14:12 2 12

Mourinho dilaporkan menghadapi krisis dengan beberapa pemainnya, terutamanya Paul Pogba dan Antonio Valencia dan pengendali kelahiran Portugal itu dalam sidang akhbar pada hari Jumaat, yang hanya berlangsung hanya tiga minit dan 31 saat telah menjelaskan situasi yang dihadapi beliau adalah bukanlah salah beliau semata-mata.

"Kadang-kadang sesuatu perkara bukan hanya di tangan pengurus," kata Mourinho pada sidang akhbar tersebut ketika bercakap mengenai alasan disebalik kemerosotan pasukan ketika ini.

Bercakap pada hari Jumaat, bekas kapten United, Gary Neville turut menyatakan rasa tidak puas hati dengan desas-desus Mourinho berada di ambang pemecatan.

"Saya harap ia tidak benar tetapi, jika benar, ia adalah satu kehinaan yang mutlak," kata Neville kepada Goal.

Walau bagaimanapun, menurut BBC, Mourinho masih mendapat kepercayaan dan sokongan pihak pengurusan Manchester United dan tidak akan dipecat daripada jawatan beliau itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post