30% peluang pemain Sampdoria sertai Arsenal dan 35% kepada Borussia Dortmund.

Laporan dari Itali mendedahkan mengenai peluang perpindahan buat pemain Sampdoria pada jendela perpindahan Januari nanti.



Menariknya dalam laporkan tersebut, mereka telah menetapkan peratusan peluang pemain pertahanan berusia 22 tahun itu dalam menyertai beberapa kelab baharu pada jendela perpindahan kedua musim ini.

Juventus sebelum ini dikatakan berminat untuk mendapatkan Joachim Andersen dengan kelab tersebut dikatakan mempunyai peluang yang tinggi dalam menandatangani pertahanan tengah kelahiran Denmark itu.

Namun dalam laporan Tuttosport yang dikeluarkan pada hari Selasa, mereka telah menyenaraikan kelab yang dikatakan berminat untuk mendapatkan Joachim Andersen bersama peratusan buat pemain tersebut menyertai mereka (kelab-kelab tersebut).


Arsenal turut dikaitkan dengan perpindahan Andersen dengan Tuttosport melaporkan dimana The Gunners, Borussia Dortmund, Valencia, Sevilla dan Juventus semuanya berminat mendapatkan pemain itu.

Mengenai peratusan pula, mereka memberi 35% kepada Borussia Dortmund, 30% kepada Arsenal, 25% kepada Juventus, 5% kepada Inter Milan dan 5% kepada Roma.

Dan amat mengejutkan dimana mereka tidak menyenaraikan peratusan buat kelab-kelab Sepanyol dalam mendapatkan Andersen, walaupun telah mengaitkan mereka didalam laporan tersebut.

Ditandatangani oleh Sampdoria dari FC Twente dalam perjanjian peprindahan sekitar € 1.4 juta pada tahun 2017, pemain pertahanan itu jelas lebih bernilai ketika ini, bukan hanya disebabkan prestasi beliau tetapi pengaruh kelab-kelab yang dikatakan berminat mendapatkannya juga memainkan peranan dalam nilai perpindahan (penjualan) beliau.

Minggu lalu, akhbar Itali itu juga mendakwa bahawa pemain tersebut berharga antara € 25 juta hinggga € 30 juta

Post a Comment

Previous Post Next Post