Arsenal melakukan beberapa perubahan pada kesebelasan utama pada perlawanan Pusingan Ke-4 Piala Carabao - EFL Cup menentang Blackpool.



Pemain muda, Julio Pleguezuelo (21 tahun) diturunkan buat kali pertama musim ini dalam kesebelasan utama Arsenal dengan bergandingan bersama Mustafi pada pertahanan tengah.

Julio Pleguezuelo
Turut membuat penampilan pertama musim ini adalah Carl Jenkinson (26 tahun) yang beraksi pada posisi pertahanan kiri.


Kedua-dua pasukan beraksi dengan 10 pemain setelah Matteo Guendouzi (Arsenal) dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-56  (kad merah) dan Paudie O'Connor (Blackpool) dilayangkan kad merah pada minit ke-84.

Lichtsteiner menjaringkan gol pertama Arsenal.
Arsenal terlebih dahulu membuka jaringan melalui gol yang dihasilkan oleh pertahanan kanan, Stephan Lichtsteiner pada minit ke-33 sebelum Emile Smith-Rowe menambah jaringan pada minit ke-50 untuk The Gunners mendahului Blackpool 2-0.



Usaha Blackpool untuk mengejar kedudukan akhirnya berjaya setelah O'Connor berjaya merapatkan jurang pada minit ke-66 untuk kedudukan menjadi 2-1.

Namun usaha tersebut belum memadai untuk mereka mengejar dan mengikat perlawanan apabila wisel penamat dibunyikan untuk perlawanan berkesudahan Arsenal 2-1 Blackpool.

Arsenal bakal menentang musuh tradisi, Tottenham pada perlawanan peringkat suku akhir Piala Carabao.

Highlight perlawanan


Post a Comment

Previous Post Next Post